Friday, August 31, 2012

Perkembangan Kendiri Tan Chai Jo

Perkembangan Kendiri
 
4.1       Konsep kendiri
4.1.1    Definasi
4.1.2    Faktor-faktor Yang menyebabkan Konsep Kendiri Negatif
4.1.3    Cara-cara Bagaimana Guru-Guru Boleh Membantu 
            Pembinaan  Konsep Kendiri Yang Positif
4.2       Personaliti
4.2.1    Konsep
4.2.2    Pengelasan Personaliti
4.2.3    Peranan Guru-Guru Dalam Pembentukan Personaliti Murid 
            Yang Positif
4.2.4    Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti
4.3       Helah Bela Diri
4.3.1    Definisi 
4.3.2    Jenis-Jenis Mekanisma Helah Bela Diri
4.3.3    Cara-Cara Guru-Guru Membantu Murid-Murid Menangani
            Mekanisma Helah Bela Diri
4.3.4    Implikasi Personaliti, Konsep Kendiri Dan Helah Bela Diri     
            Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran.
 

4.1 Pengenalan Konsep kendiri
         Sebagai pembolehubah penting yang mampu 
meningkatkan tahap perkembangan pelajaran
dan pembelajaran individu. Menurut Dr Rogers (1951) 
melalui terapi pusatan,"konsep kendiri bersifat kemanusiaan, 
individu yang dilahirkan umpama kain putih yang mana
agen-agen di sekitarnya akan mencorak dan membentuk
individu tersebut."
           Menurut Mead( 1934 ) pembinaan sosial tentang 
konsep kendiri adalah himpunan gambaran pendapat
 orang yng rapat kapada individu. Dimana masyarakat pula
 merupakan cermin bagi seseorang individu.
          Dalam kajian Hall dan Lindsey, Staats(1963) 
berpendapat bahawa konsep kendiri boleh dilihat melalui
dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu dan 
proses-proses yang dapat menentukan tingkah laku 
seseorang individu.Salah seorang pakar Psikologi,
Stewat dan Friedman ( 1987 ) telah menyatakan tanggapan 
individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu
yang lain boleh berlaku sejak peringkat bayi.
        Popplestone dan McPherson ( 1988 ) pula mengatakan
 konsep kendiri merupakan pengetahuan dan reaksi 
seseorang yang membezakannya daripada individu yang lain.
Ini termasuklah kesedaran tentang perbezaan antara individu, 
penghargaan terhadap pengalaman dan penilaian terhadap 
kejujuran mental dan fizikal seseorang.
        Konsep kendiri umumnya dipengaruhi oleh faktor-faktor 
baka, didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, status 
sosioekonomi, pendidikan, persekitaran, budaya dan 
pengalaman lalu.
 
4.1.1 Definasi Konsep Kendiri
        Konsep kendiri merupakan satu gambaran atau 
pandangan tentang diri sendiri. Ia merangkumi rupa, 
kesihiatan, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita.
Ia dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan 
orang lain dan penyesuaian diri dengan alam sekitar.
Dimana penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan 
konsep kendiri positif manakala kegagalan akan 
membawa kepada konsep kendiri negatif. 
        Seseorang berupaya meningkatkan potensi diri
bagi mengembangakan konsep kendiri yg positif 
dan realistik. Seseorang yang mempunyai potensi diri
boleh dicungkil oleh guru-guru,ibubapa dan murid itu
 endiri supaya konsep kendiri negatif boleh dielakkan.

Carl Rogers ( 1951 )
         Beliau merupakan seorang kaunselor dan 
psikoterapi yang terkenal.Beliau menekankan konsep
kendiri adalah dipengaruhi oleh dua faktor iaitu dirinya
dan persekitarannya. Ianya merangkumi fizikal,minda 
psikologi, etika moral dan norma-norma personaliti 
yang kuat dipengaruhi oleh keluarga dan persekitaran
sosialnya. 
         Seseorang perlu menyesuaikan diri dengan
orang lain secara sosial dan profesional. Dimana 
perasaan sendiri akan berubah-ubah melalui 
pengalamannya. Ini menyebabkan kekeliruan 
personaliti dan masalah sakit jiwa jika keterlaluan.
Maka seseorang menghadapi cabaran tanpa tertekan
dalam minda akan menghasilkan Homeostasis
 ( Capai Tahap Keseimbangan secara sosial & 
psikologi dalam diri individu dendiri).
         Beliau telah menyatakan bahawa konsep 
kendiri berpandan dengan pengalaman akan 
wujudlah istilah"Kongruen". Manakala 
keadaan "Tidak Kongruen"berlaku apabila 
tanggapan tentang dirinya tidak sama dengan 
keadaan apa yang dialaminya.
 
4.1.2 Faktor-faktor Yang menyebabkan
         Konsep Kendiri Negatif
          Pengalaman pahit yan pernah dialami oleh 
seorang individu seperti kegagalan dalam 
pertandingan, kematian orang kesayangan mahupun 
penceraian individu menyebabkan individu tersebut
membina konsep kendiri negatif.
         Peneriamaan kritikan yang berterusan daripada
 ibu bapa atau guru terhadap seseorang akan 
menjejaskan perkembangan kendiri individu tersebut.
          Seseorang individu yang kekurangan kasih 
sayang dan perhatian akan menyebabkan pembentukan
psikologi & emosinya berkembang secara negatif.
Mereka bisanya menghadapi masalah susah mendapat
penerimaan daripada pelajar atau kawan yang lain. 
Mereka akan mempunyai perasaan tidak diterima oleh 
ahli kumpulan dan berasa rendah diri.
          Selain itu, pencapaian akademik rendah bagi
seseorang atau jarang mendapat pujian daripada ibu bapa
atau guruguru akan memberi kesan negatif terhadap 
konsep kendiri kanak-kanak tersebut.
         Di samping itu, kita boleh mendapati bahawa 
hubungan sosial dan status kedudukan sosioekonomi
 keluarga juga memainkan peranan penting dalam 
pembentukan konsep kendiri. Seseorang itu tidak 
berpeluang bergaul dengan rakannya disebabkan oleh
sikap pemdiam dan tidak bersosial. Status sosioekonomi 
keluarganya rendah pula mungkin menyebabkan kanak
-kanak itu menyendiri dari rakan sebayanya.
           Akhir sekali faktor baka dari segi keadaan fizikal
yang mempunyai kecatatan atau kekurangan diri 
akan menyebabkan pembentukan konsep kendiri
yang negatif.
 
4.1.3Cara-cara Bagaimana Guru-Guru
        Boleh Membantu Pembinaan Konsep
        Kendiri Yang Positif
         Pada awal perjumpaan guru boleh menyatakan 
bentuk peraturan yang jelas dan tingkah laku yang
diharapkan. Galakkan kebebasan dalam diri kanak-
kanak, tetapi guru perlu tahu masa yang sesuai 
untuk memberi kebebasan kepada mereka.
         Di samping itu, guru harus memberi murid-
murid mempunyai peluang bergembira bagi menjelajah, 
kreatif dan ketawa.Galakkankanak-kanak mencuba
perkara-perkara baru dan sanggup menerima cabaran 
serta benarkan murid-murid membuat keputusan 
sendiri dan memikul tanggungjawab.
         Guru harus sentiasa membincangkan dengan 
murid-murid berkaitan pelbagai dimensi.Berikan 
tumpukan perkara yang murid-murid dapat lakukan
 dengan baik.
         Jangkaan guru daripada murid-murid perlu
realistik dan tahu perkembangan kebolehan mereka.
Guru tidak boleh harapkan murid itu sempurna, beri
tunjuk ajar kepada mereka bahawa tidak menjadi 
kesalahan apabila mereka gagal dan bantu mereka 
belajar menyelesaikan kesilapan serta belajar
 melalui kesilapan.
         Tambahan pula guru boleh memberikan murid
-murid banyak senyuman dan peneguhan yang positif.
Dimana pujian dan teguhan kepada murid-murid  
supaya mereka tahu yang diri mereka dihargai. 
Perkataan yang boleh digunakan seperti: "Bagus ,
Cantik, Menarik,Pandai, Bijak, Wow, Betul, Cubaan 
yang baik, Baik, Usaha yang sangat baik, Kemas
dan sebagainya."
          Guru perlu menyediakan sebuah persekitaran
yang selamat bagi murid-murid agar dapat menyatakan 
perasaan dan pendapat secara bebas. Guru tersebut 
juga perlu menunjukkan rasa hormat kepada semua
murid di dalam kelas tanpa mengira bangsa, jantina,
agama dan latar belakang.
           Guru boleh menjalankan pelbagai aktiviti untuk
membentuk konsep kendiri pada muridnya. Contohnya,
membuat poster besar berkenaan murid- murid  yang 
mengandungi gambar, aktiviti kegemaran,binatang 
kesayangan dan sebagainya. Galakkan kanak-kanak
melukis gambar dan bercerita berkenaan diri mereka.
Selepas itu, minta murid-murid bercakap berkenaan 
kebaikan kawannya dan tulis atas poster. 
           Murid-murid juga boleh membuat poster yang
melengkapkan ayat, “ Saya istimewa kerana…………"
atau poster “Saya boleh.”. Suruh kanak-kanak melukis
gambar ataupun menulis ayat berkenaan perkara-
perkara yang mereka dapat lakukan.
            Selain itu, guru boleh minta murid-murid beratur
dalam dua barisan dan berhadapan antara satu sama
lain, murid-murid yang bersemuka tersebut boleh 
bersalam dan menyatakan sesuatu yang positif.
           Akhir sekali,guru boleh mengadakan
penyampaian hadiah kepada murid yang terbaik bagi 
setiap minggu bagai galakkan. 
 
4.2 Personaliti
        Melalui tugasan ini saya telah mengkaji mengenai 
pengertian personaliti daripada pelbagai aspek iaitu
dari bahasa Latin yang membawa maksud topeng muka
yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu 
untuk mewakili perwatak orang di pentas. 
       Personaliti individu melibatkan aspekaspek fizikal
dan mental.Personaliti dari aspek psikologi bermaksud
corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang
individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara
sesama individu lain.Ia dipengaruhi oleh proses biologikal 
mengikut keperluan persekitaran. Ekspresi individu boleh 
diperhati melalui pemikiran,perasaan, keakraban dan 
interaksi.Ahli-ahli psikologi berpendapat  personaliti
merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, 
keupayaan, kepercayaan,kecerdasan, motivasi, kebiasaan
dan sebagainya.

“Personality is the complex organization of cognition, affects, and
 behaviors that gives direction and pattern (coherence) to the 
person’s life. Like the body, personality consists of both structures 
and processes and reflects both nature(gene) and nurture 
(experience). In addition, personality includes the effects of
the past, including memories of the past, as well as constructions
 of the present and future.” Pervin (1996), dlm Mitschel (1999:4)
 
4.2.1 Konsep
         Sejarah pengklasifikasian personaliti manuasia
telah dikesan sejak zaman Hipocrates( 400 S.M). Oleh 
kerana ahli-ahli psikologi mempunyai pandangan yang
berbeza-beza seperti cara manusia dikenali dan difahami,
maka lahirkan teoratau perspektif yang tersendiri.
          Menurut Kurt Lewin, tingkah laku ditetapkan melalui
personaliti individu (faktor dalaman) & bagaimana dia 
berinteraksi dengan persekitra(faktor luaran ). Dimana 
Eysenck pula mengemukakan teori personaliti ialah 
oraganisasi watak, perangai,intelek,bentuk badan yang
agak stabil untuk menentukan penyesuaiannya yang unik 
terhadap persekitarannya.
       Alder ( 1948 ) pula mengatakan personaliti merupakan
gaya hidup seorang individu.Gordon Allport ( 1961 )
menekankan personaliti bagai organisasi sistem psikologikal
yang dinamik.Trait seperti kerajinan, kesabaran & daya
pujuk adalah saling berkait. Beliau telah mengaji sistem
psikofizikal yang merujuk kepada tabiat,sikap, nilai,
kepercayaan, kenbiasaan, emosi dan sentimen yang
terdapat dalam bentuk psikologi.
          Ahili-ahli Psikologi modern seperti Mischel ( 1981 ) 
telah menyusunkan pola-pola tingkah laku manusia yang
diaplikasi dalam situasi kehidupannya.Kagan, J. dan 
Segal, J( 1988 ) pula mangatakan personaliti individu ini 
merangkumi corak keseluruhan seorang individu ini berfikir, 
berasa, bertingkah laku dan caranya berhubung dengan 
alam sekitar.


4.2.2 Pengelasan Personaliti
 
4.2.2.1 Personaliti Ekstrovert
         Personaliti jenis ini lebih kepada sifat luaran. Ia 
merangkumi pergaulan, memberi perhatian dan bercampur
dengan orang lain.Individu ini lebih kepada penilaian dunia
luar daripada dalamannya yang terdiri daripada idea.
 
        “Anak-anak yang telah diasuh dengan penuh
         kebebasan dapatmenonjolkan ciri ekstrovert.”
                                                                          Slater (1962)
         Kebebasan merupakan satu ciri ekstrovert.Ciri-ciri 
individu Ekstrovert seperti refleks, gemar bercampur,peramah,
aktif, inovatif, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan 
berkeupayaan kepimpinan.
         Individu yang berpersonaliti ekstrovert semakin 
bertenaga khas dengan kehadiran orang di sekelilingnya. 
Mereka jarang duduk bersendirian & berfikir tetapi sentiasa 
mencari keseronokan di sekelilingnya.
         Menurut pendapat Eysenck (1980), seseorang yang
ada ciri ekstrovert mestilah aktif, gemar beraul, optimisitk,
gemar aktiviti luar dan sebagainya.Jadi, memang benarlah
apa yang dikatakan oleh pakar psikologi yang memberikan 
pendapat mereka sendiri mengenai konsep personaliti 
seperti Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J, Segal J, dan Watson. 
Oleh itu, personaliti merupakan satu elemen yang amat penting
bagi seseorang individu dan tingkah laku seseorang itu 
melambangkan personaliti masing-masing.

4.2.2.2 Personaliti Introvert
           Menumpukan kepada aspek dalaman perkembanagn 
personaliti seseorang. Introvert bermakna mengambil berat
tentang diri sendiri. Dunia introvert lebih bersifat subjektif. 
Mempunyai ciri individu yang gemar mempamerkan ciri seperti 
pasif, pemalu, sensitif, gemar keseorangan, cermat, refletif atau
sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan kerja, boleh 
dipercayai dan bersedia menanggung risiko.
          Individu bersifat pendiam dan hanya berminat dengan diri
mereka sahaja.Mereka cuma berminat dalam aktiviti yang tidak
melibatkan orang lain,seperti membaca, menulis, melukis, 
bermain komputer dan lain-lain. Atau boelh dikatakan mereka 
cuma akan seronok semasa bersama dengan kawan rapat
sahaja.Block (1971) telah manjalankan satu kajian melibatkan
100 orang lelaki dan perempuan unutk tempoh 25 tahun telah
merumuskan bahawa ciri individu introvert ialah kawalan emosi,
meminati keindahan, kesabaran dan kebolehpercayaan yang
tidak berubah.

4.2.2.3 Personaliti Ambivert
          Personaliti ini merupakan gabungan kedua-dua jenis 
perkembangan personaliti. Gabungan ekstrovert &introvert
menyebabkan mereka menjadi aktif atau pasif mengikut
situasi semasa.Orang yang mempunyai kedua-dua ciri
introvert dan ekstrovet biasanya aktif tetapi sensitif, mereka 
suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan.
         Selain itu, mereka boleh bertutur lancar tetapi berfikir
sebelum memberi pendapat.Ahli psikologi British, Hans
Eysenk (1981) mengklasifikasikan  perkembangan personaliti 
ini bagai"Dimensi Dua Personaliti" dengan perantaran
"ketidakstabilan". Orang yang stabil bersifat tenang, tidak cepat
marah dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.Dimana 
orang tidak stabil pula bersifat muram, sensitif, cemas,gelisah 
dan sebagainya.
 
Teori Tret "Trait" 
       "Trait" adalah merupakan sifat-sifat atau perangai 
merupakan ciri-ciri individu yang kekal & boleh diramalkan. 
Ia diperolehi sejak lahir melalui pembelajaran dari persekitraran.
         Personaliti merujuk kepada oraganisasi watak,perangai,
intelek, bentuk badan,cara permikira,perasaan & tingkah laku 
individu.
         Watak merupakan bentuk penilaian yang dilakukan oleh
ahli-ahli masyarakat berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya 
masyarakat.Watak merangkumi tret-tret spt kejujuran,
kebolehpercayaan amanah, kebersihan, kesabran,toleransi,
belas kasihan, hormat-menghormati, tanggungjawab,
cemas,gemar bercakap dsb.
Goldon Allport berpendapt bahawa tret merupakan sifat 
semula jadi manusia yang mengarahkan tingkah laku
seseorang degan kadar yg konsisten. Setiap individu 
mempunyai tret yang berbeza. Dimana tret dibahagi kepada 
tret Kardinal yang menunjukkan satu corak yang mempengaruhi
perbuatan seseorang.Tret Pusat pula berpengaruh pada masa
-masa tertentu yang  menunjukkan sifat.Manakala Tret
Sekunder pula adalah merupakan sifat yang mengawal 
perilaku seorang secara specifik.
Raymond Cattell memperkenalkan dua jenis tret iaitu tret 
permukaan dimana sifat yang senang dikenal pasti darrpada 
tingkah laku. Dan tret sumber diamana sifat yang tidak dapat 
dilihat secara langsung tetapi boleh diketahui melalui proses 
penganalisisan yang terperinci.
 
Teori " Humanistik "
               Teori " Humanistik" yang dipelopori oleh Carl Rogers & 
       Abtaham Maslow ini  adalah berlandaskan kepada 
       kepercayaan bahawa manusia berupaya untuk merancang 
       dan membentuk nasib mereka.Manusia menunjukkan sifat 
       personaliti yang baik untuk mendapatkan kesempurnaan 
       kendiri supaya boleh membentuk perkembangan personaliti 
       yang positif.
 
Hati, Akal, Nafsu, Jiwa - Al- Ghazali 
         Al Ghazali, seorang ahli tokoh islam yang mencadangkan
bahawa personaliti seseorang dipengaruhi tiga faktor utama 
iaitu hati, akal dan nafsu.Individu yang mempunyai hati yang
baik dapat bertindak dengan intuisi rasional kerana hati akan 
sentiasa mempengaruhi minda mereka. Individu yang 
mempunyai hati jenis ini dikatakan mempunyai kebijaksanaan
berprinsipkan perasaan dan gerak hati berbanding dengan 
pemikiran yang berdasarkan rasional serta logik.
        Akal membolehkan manusia menyelesaikan masalah
secara logik, membantu, menaakul serta membuat keputusan
 secara logik dan munasabah.Dimana kehendak atau nafsu 
ini mempengaruh individu contohnya seseorang yang bernafsu
 negatif biasanya menonjolkan tingkah laku tidak bermoral.
Individu yang bernafsu mardiah pula sentiasa menunjukkan
 tingkah laku positif dan bersyukur kepada orang lain.
        Ruh atau Jiwa berhubung terus dengan Tuhan, ia 
berkembang secara beransur-ansur dalam pelbagai tahap 
menghindarkan kelemahan serta mengenalpasti kekuatan 
masing-masing.
         Al Ghazali menyatakan interaksi di antara hati, 
kehendak dan akal akan mempengaruhi personaliti manusia. 
Akibat mempunyai pemikiran yang berbeza maka manusia
boleh memiliki tiga jenis personaliti, iaitu personaliti ideal,
personaliti seimbang dan personaliti keliru.

Teori Psikoanalisis - Sigmund Freud (1856-1939)
        Sigmund Freud yang memperkenalkan teori psikoanalisis 
berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah didorong 
oleh sesuatu kuasa dalaman.Hasil daripada beberepa kajian
ke atas pesakit-pesakit jiwa, Freud memperkenalkan tiga 
konsep yang berkaitan dengan fikiran manusia. Ketiga-tiga
kategori personaliti adalah Id pada aras tidak sedar,ego 
dan superego. 
        Freud mengemukakan Id wujud pada peringkat tidak
sedar,adalah peringkat yang awal dipunyai oleh kanak- kanak.
Tujuan hidup mereka adalah untuk kepentingan diri sendiri 
dengan memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman,
pakaian dan perlindungan.Bahagian tidak sedar ini 
sebenarnya merangkumibahagian terbesar pada fikiran 
manusia.Sebab itulah mengapa manusia bertindak dan
menunjukkan personaliti yang sukar diramal.
        Menurut Freud, ego merupakan subsistem personaliti
 yang terbentuk melalui pengalaman orang dengan realiti.
 Pemikiran sedar mengawal kehendak yang tidak dapat 
dipuaskan oleh id. Peranan ego penting untuk menilai 
keputusan yang telah dibuat untuk dirisendiri atau komuniti
berdasarkan pertimbangan akal yang realistik dan logik.
Pemikiran semakin matang dan boleh menyesuaikan diri
dengan masyarakat.
        Peringkat ketiga prasedar wujud di antara kedua-dua
aras tadi.Manusia biasanya mengalami kesukaran untuk
mengingati perkara yang sudah  berlalu. Super-ego berfungsi
sebagai penghalang daripada tingkah laku yang salah atau 
tidak baik dan membina tingkah laku yang dikehendaki oleh
masyarakat. Komponen ini mengandungi hati nurani yang 
dimiliki oleh seorang individu. Ianya berkembang melalui 
peneguhan moral yang telah diperlajari dan digunakan secara
konsisten untuk mangawal tingkah laku individu. Kegagalan 
super ego dalam memainkan peranan sebagai pencegah
akan menyebabkan seseorang itu mengalami konflik dalaman.

4.2.3  Peranan Guru-Guru Dalam Pembentukan
             Personaliti Murid Yang Positif
        Sekolah memainkan peranan penting dalam mendidik 
murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu dan berakhlak.
Guru pula menjadi role model untuk membentuk personaliti 
murid yang positif.
        Guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti 
personaliti seseorang murid.Persepsi rakan sebaya dan individu
yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan 
pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan.
         Tambahan pula iklim sekolah yang kondusif serta 
penglibatan aktif dalam kokurikulum akan mempengaruhi
perkembangan personaliti yang  positif.Maka,guru boleh
mengambil pelbagai initiatif utk membentuk personaliti positif di
kalangan murid dari aspek-aspek fizikal seperti maggalakkan 
pemakanan yang stabil dan sihat kepada murid-murid. 
Segi sosial,iaitu menjadi guru yang beretika sosial atau budi
bahasa agar boleh dicontohi oleh murid-murid.
        Selain itu, dari aspek psikologi pula, perkembangan 
mental &emosi murid perlu diambil perhatian dari semasa ke 
semasa.Muriddiajar untuk menangani emosi positif & negatif 
dan memahami nilai-nilai & sistem kepercayaan kendiri.
        Guru juga berperanan untuk mengatur aktiviti-aktiviti yang 
bolehmembangunkan sikap,watak, budi bahasa, pengetahuan
dan pelbagaikemahiran hidup yang baik.Guru harus memupuk 
muridnya melalui aktiviti harian untuk mengenal pasti kekuatan
kelemahan murid-murid.Guru juga harus bijak dan mempunyai
kemahiran mendengar di kalangan murid-murid di samping itu 
memberi kauseling jika rasa perlu.
 

4.2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
         Personaliti
 
              Personaliti adalah satu siri kombinasi atribut, motif, nilai 
      dan tingkah laku yang unik kepada setiap individu.Demikian 
      juga personaliti merujuk kepada organisasi, watak, perangai,
      intelek, bentuk badan yang stabil yang menentukan 
      penyesuaian unik individu terhadap persekitarannya.
       Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, proses pembentukan 
dan perkembangan personaliti dipengaruhi oleh dua faktor
utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
        Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan,
keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi generasinya. Murid-
murid berbadan jenis mesamorph,menunjukkan prestasi baik,
harga diri baik membawa personaliti yg sihat.
        Dimana penyakit seperti lelah dan kencing manis 
adalah faktor kebakaan, murid yang kerap jatih sakit 
menyebabkan mereka tidak dapat menyertai aktiviti sosial. 
Maka penyakit tersebut telah menjejaskan perkembangan 
personaliti positifnya.Kecerdasan seorang murid yang 
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan
 meningkatkan keyakinan diri.
         Selain itu, murid yang kurang sabar biasanya gagal
mengawalperasaan kecewa, maka mereka mudah putus 
asa dan tidak yakin menerima cabaran.Faktor yang 
kedua adalah faktor persekitaran.Ia merangkumi keadaan 
keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalaman.
Suasana rumah yang tenang dan harmoni akan membentuk
personaliti kanak-kanak yang positif.  
        Pengalaman awal amat penting bagi perkembangan
personaliti kanak-kanak. Mereka yang telah melakukan 
kesilapandan  dihukum akan sentiasa bimbang akan dihukum
semasa mereka melakukan sesuatu perkara yang baru.
         Di samping itu, individu yang mangamalkan pemakanan 
yang seimbang dan berkhasiat akan membina tingkat 
kesihatan yang baik. Penyataan "badan sihat, otak cergas." 
amat tetap dan penting dalam pembinaan perkembangan
personaliti.
         Selain itu, taraf sosioekonomi sesebuah keluarga,
kebudayaanserta  norma dan nilai yang berbeza diamalkan
akan membawa perkembangan personaliti yang berbeza.
        Akhir sekali, pengaruh luaran seperti pihak sekolah, 
guru, rakansebaya, media massa dan masyarakat juga
 akan mempengaruhi pembinaan personaliti seseorang
individu.
 
4.3 Helah Bela Diri
       Helah bela diri mengekalkan konsep kendiri yang baik
dan hargamdiri yang tinggi bukan merupakan suatu tugasan
 yang mudah. Setiap hari, banyak peristiwa  berlaku yang
boleh menjejaskan konsep kendiri. 
Mekanisme helah bela diri merupakan perlindungan atau 
pembelaan diri terhadap sesuatu perbuatan yang 
dilakukannya.
                                                                      Davidoff (1976)
4.3.1 Definisi 
        Helah bela diri dalam bahasa Inggeris " defence 
mechanisme " bermaksud proses yang biasa dilakukan 
oleh seseorang secara tidak sedar dalam penyesuaian
untuk mengatasi kebimbangan, konflik, tekanan jiwa dan
kemungkinan ancaman yang dihadapi. 
        Makanisme helah bela diri merupakan strategi yang
digunakan oleh individu untuk mempertahankan harga diri. 
Seseorang menggunakan helah bela kerana cuba 
memutarbelitkan keadaan realiti yang sebenarnya.
          Helah bela diri didorong oleh EGO sebagi strategi
mental yang digunakan oleh seseorang untuk membela
diri daripada ancaman ID serta tekanan SUPEREGO. 
 
4.3.2 Jenis-Jenis Mekanisma Helah Bela Diri
        Ada banyak cara yang digunakan untuk 
mempertahankan harga diri seorang individu. Supresi atau
 penindasan merupakan satu tindakan yang sengaja 
dilakukan untuk mengelakkan daripada memikir 
sesuatu masalah. 
        Supresi hanya berkesan untuk masalah yang kecil.
Bagi masalah yang besar, kebimbangan tentu akan timbul
semula. Contohnya, seseorang itu gagal dalam ujian,
 cuba mengelakkan daripada memikirkan kegagalan itu, 
seseorang itu menonton wayang atau main tenis.
          Sublimasi merupakan helah bela yang paling sihat. 
Seseorang individu yang mengamalkan sublimasi akan
menerimakenyataan dan menyalurkan kekecewaan, 
kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti 
lain yang sihat. Contohnya, murid yang tidak pandai
 bersosial menyalurkan parasaan kesunyian dengan
menggubah pantun, puisi atau sajak yang boleh diterima 
oleh masyarakat.
          Rasionalisasi pula berlaku apabila seseorang 
individu cubamenipu diri dengan tujuan menjaga harga diri 
dan menutup kesalahan dirinya. Contohnya, murid tewas
dalam pertandinganbercerita dia cuba menyalahkan guru
kurang adil ketika memberi markah.
        Pindahgantian berlaku apabila perasaan marah 
dipindahkan  dari seorang kepada orang yang lain
(mangsa).Contohnya guru dimarah oleh pengetua, guru
marah murid pula.
        Projeksi menyumbangkan perasaan gelisah mereka 
kepada orang lain bagi menghindarkan perasaan kesakitan
yang dialamidalam dirinya. Contohnya, seorang pelajar
lemah bercadang untuk menipu dalam suatu peperiksaan 
tetapi hati kecilnya tahu perbuatan itu salah.Dia ingin cuba
 mengesyaki pelajar lain juga menipu.
        Represi merupakan proses mental yang aktif, 
seseorang itu sengaja "melupakan"peristiwa yang pahit. 
Contohnya murid yang pernah dibuli dan benci akan 
seseorang itu, kalau individu itu sukar mengingati kembali 
namanya,maka dia mungkin telah melakukan represi.
        Penarikan merupakan satu proses di mana individu
secara sedar menarik diri dari sesuatu situasi yang 
kurang menyeronokkan. Contohnya, jika tidak biasa ke
 majlis kerana bimbang bercakap dan bertukar-tukar 
pendapat, seseorang itu berasa seronok kalau tidak ke
majlis itu.
         Fantasi berlaku apabila seseorang individu cuba
mengurangkanketegangannya dengan cara berkhayal 
dan membentuk suatu situasi dalam imaginasinya. Dia
 berasa tidak begitu mangancam dan lebih selesa 
daripada keadaan sebenar. Contohnya,murid yang tidak
popular mungkin menggunakan fantasi untuk berimaginasi
bahawa dia diterima dan disayangi oleh ramai orang.
        Regresi berlaku apabila seseorang kembali kepada
tingkah laku yang lazim terdapatpada peringkat terdahul.
Contohnya, dewasa yang berumur 20 tahun mula mengigit
kuku yang merupakan amalan yang dilakukan ketika di
berumur 7-8 tahun.
        Pembentukan Reaksi pula merupakan satu cara
melakonkan sesuatuyang berlawan dengan situasi yg tidak 
dapat diterima.Contohnya, perasaan bersalah seseorang
murid memberi layanan yang lebih baik kepada guru
mentornya yang sebenarnya kehormatan masih 
tersembunyi perasaan keengganan.
        Kompensisi atau imbuhan telah mengimbuhkan 
kelemahan dan menunjukkan prestasi yang baik dalam 
bidang yang lain. Contohnya, murid lemah dalam sukan
tetapi cuba menunjukkan pencapaian baik dalam 
akademik.
         Identifikasi berlaku apabila seorang individu cuba 
lari dari realiti dirinya sebenar dengan membuat
 penyesuaian bagi menyifatkan dirinya dengan seorang 
yang dia minati.Contohnya,seorang murid mengikut aksi 
Michael Jackson kerana dia suka cara beliau menari.
           Keagresifan merupakan tindakan untuk 
mengeluarkan,mencederakan atau merosakkan akibat 
ancaman atau kekecewaan. Contohnya, kanak-kanak 
tidak dapat mengikut ibu ke kompleks beli-belah, dia
akan meraung, meradang atau menarik tangan ibunya.
           Penafian berlaku apabila seseorang individu tidak
mahu menerima 
kenyataan. Secara sengaja tidak percaya perkara buruk
atau sedih telah berlaku. Contohnya,seorang yang
 mendapati dirinya menghidapnpenyakit kanser berpura
-pura tidak mengetahui atau menyatakan diagnosis doktor
 adalah salah. 
            Intelektualisasi melibatkan penaakulan yang 
berkait dengan rasionalisasi. Kebimbangan dapat 
dikurangkan dengan penggunaan perkataan bukan 
perasaan utk menghuraikan satu situasi. Contohnya,
Kaunselor tidak boleh membenarkan emosi mempengaruhi
ketika mendengar sesuatu kisah yang amat sedih.
Kaunselor perlu mengunakan perkataan bukan perasaan 
untuk menjelaskan situasi murid agar dia berada dalam 
keadaan yang mampu menolongnya.
 
4.3.3 Cara-Cara Guru-Guru Membantu Murid
         -Murid  Menangani Mekanisma Helah 
         Bela Diri.
           Guru telah memainkan peranan yang penting dalam 
menangani makanisema helah bela diri di kalangan murid
-murid. Maka guru harus  bersikap cermat serta sentiasa
mengambil perhatian akan tingkah laku murid-murid yang 
menunjukkan personaliti negatif dimana murid tersebut 
sama ada telah melakukan helah bela diri.Makanisma helah 
bela diri ini juga berhubung kait dengan tahap kesedaran
minda.
           Oleh itu, segala usaha perlu dilakukan untuk 
mencapai pemikiran positif.Guru-guru boleh mambantu
 murid-murid meluahkan masalah mereka dan membantu
mereka mamahami dan menerima penyelesaian bernas.
Maka seseorang guru harus menguasai pengetahuan dan 
maklumat tentang kehendak yang sihat boleh disimpan 
di dalam minda.
           Guru-guru boleh memberikan pelbagai kemahiran
kepda murid murid mengurus perassan dalam diri mereka. 
Guru perlu membentuk kemahiran intrapersonal yang 
porsitif untuk mendapat kepercayaan muridnya secara 
sihat dan erat. 
          Selain itu, guru perlu menolong murid yang lemah 
bersosial dengan memahami dan menjalinkan persahatan 
mereka dengan orang lain.Ini akan membantu pergaulan
mereka dan menyelami perasaan dan reaksi emosi
mereka.
       Guru juga perlu sentiasa menyampaikan pengetahuan 
dan cara mengurus perasaan kemarahan dan urusan
 tekanan di kalangan murid.Murid-murid 
harus mengenal punca kemarahan atau tekanan dengan
menyatakannya. Proese ini amat penting kepda murid-
murid yang semakin dewasa.
       Guru juga boleh menggalakkan murid-murid untuk 
menulis perasaan dan pandangan mereka di dalam jurnal
 bagi mereka meluahkan emosi-emosi yang tersembunyi. 
Kemudian guru boleh membantu mereka untuk menangani 
semua masalah yang dihadapi.
          Akhir sekali, jika guru mendapati kes-kes semakin
rumit, guru boleh minta pertolongan kauselor sekolah. Ujian-
ujian profesional boleh dijalankan supaya masalah mereka
boleh diselesaikan dengan mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya.

4.3.4 Implikasi Personaliti, Konsep Kendiri Dan
         Helah  Bela Diri Terhadap Pengajaran 
         Dan Pembelajaran.
          Guru memiliki personaliti yang positif berupaya 
membawa perubahan kepada muridnya. Guru yang berjaya 
membina hubungan baik dapat mengalak dan momotivasi
muridnya.
         Guru juga boleh memupuk kemahiran kreatif dan 
mencari penyelesaian masalah mahupun memodifikasikan 
tingkah laku murid secara sistematik di dalam bilik darjah.
       Perubahan tingkah laku yang porsitf mendorong murid 
lebih aktif dalam proses P&P dimana murid menerima
bimbingan dan pujian daripada guru akan berasa lebih
selesa dan percaya akan guru mereka.Guru perlu 
meningkatkan pengalaman para murid untuk mengalami 
pembelajaran masteri dan menghadapi tekanan dalam 
proses P&P.
         Tambahan pula,guru harus mengenali dan menangani
pelbagai jenis helah bela diri yang berpunca daripada 
kebimbangan kendiri atau kekecewaan dalaman murid.
          Akhirnya,diharapkan penbentangan ini sedikit 
sebanyak dapat memberikan kefahaman terhadap konsep
kendiri,personaliti dan juga helah bela diri yang sebenar
 serta diharapkan laporan ini juga dapat membantu bakal
pendidik untuk mengaplikasikan konsep ini di dalam proses 
pembelajaran agar falsafah pendidikan kebangsaan dapat
 diteruskan untuk generasi yang akan datang.

Rujukan 
~ Kamarudin Hj Husin. 1996. Sekolah dan Perkembangan
   Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & 
   Distributors Sdn. Bhd.
~ Ee Ah Meng. 1995. Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak
  (Asas Pendidikan 4). 
  Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
~ Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh ( PhD).2012. Panduan Ilmu
   Pendidikan untuk  DPLI Psikologi.Kuala Lumpur.
   Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok, S. S., (2001). Psikologi PendidikanUntuk Kursus 
   Diploma Perguruan Semester 1 (2nd ed.).
    Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa. 
   /09/2-konsep-kendiri.pdf 
~ http://ms.wikipedia.org/wiki/Konsep_kendiri
~ http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=416



 

INSANIAH GURU Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting