Perkembangan Kendiri
4.1 Konsep kendiri
4.1.1 Definasi
4.1.2 Faktor-faktor Yang menyebabkan Konsep Kendiri Negatif
4.1.3 Cara-cara Bagaimana Guru-Guru Boleh Membantu
Pembinaan Konsep Kendiri Yang Positif
Pembinaan Konsep Kendiri Yang Positif
4.2 Personaliti
4.2.1 Konsep
4.2.2 Pengelasan Personaliti
4.2.3 Peranan Guru-Guru Dalam Pembentukan Personaliti Murid
Yang Positif
Yang Positif
4.2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti
4.3 Helah Bela Diri
4.3.1 Definisi
4.3.2 Jenis-Jenis Mekanisma Helah Bela Diri
4.3.3 Cara-Cara Guru-Guru Membantu Murid-Murid Menangani
Mekanisma Helah Bela Diri
Mekanisma Helah Bela Diri
4.3.4 Implikasi Personaliti, Konsep Kendiri Dan Helah Bela Diri
Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran.
4.1 Pengenalan Konsep kendiri
Sebagai pembolehubah penting yang mampu
meningkatkan tahap perkembangan pelajaran
dan pembelajaran individu. Menurut Dr Rogers (1951)
melalui terapi pusatan,"konsep kendiri bersifat kemanusiaan,
individu yang dilahirkan umpama kain putih yang mana
agen-agen di sekitarnya akan mencorak dan membentuk
individu tersebut."
Menurut Mead( 1934 ) pembinaan sosial tentang
konsep kendiri adalah himpunan gambaran pendapat
orang yng rapat kapada individu. Dimana masyarakat pula
merupakan cermin bagi seseorang individu.
Dalam kajian Hall dan Lindsey, Staats(1963)
berpendapat bahawa konsep kendiri boleh dilihat melalui
dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu dan
proses-proses yang dapat menentukan tingkah laku
seseorang individu.Salah seorang pakar Psikologi,
Stewat dan Friedman ( 1987 ) telah menyatakan tanggapan
individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu
yang lain boleh berlaku sejak peringkat bayi.
Popplestone dan McPherson ( 1988 ) pula mengatakan
konsep kendiri merupakan pengetahuan dan reaksi
seseorang yang membezakannya daripada individu yang lain.
Ini termasuklah kesedaran tentang perbezaan antara individu,
penghargaan terhadap pengalaman dan penilaian terhadap
kejujuran mental dan fizikal seseorang.
Konsep kendiri umumnya dipengaruhi oleh faktor-faktor
baka, didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, status
sosioekonomi, pendidikan, persekitaran, budaya dan
pengalaman lalu.
4.1.1 Definasi Konsep Kendiri
Konsep kendiri merupakan satu gambaran atau
pandangan tentang diri sendiri. Ia merangkumi rupa,
kesihiatan, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita.
Ia dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan
orang lain dan penyesuaian diri dengan alam sekitar.
Dimana penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan
konsep kendiri positif manakala kegagalan akan
membawa kepada konsep kendiri negatif.
Seseorang berupaya meningkatkan potensi diri
bagi mengembangakan konsep kendiri yg positif
dan realistik. Seseorang yang mempunyai potensi diri
boleh dicungkil oleh guru-guru,ibubapa dan murid itu
endiri supaya konsep kendiri negatif boleh dielakkan.
Carl Rogers ( 1951 )
Beliau merupakan seorang kaunselor dan
psikoterapi yang terkenal.Beliau menekankan konsep
kendiri adalah dipengaruhi oleh dua faktor iaitu dirinya
dan persekitarannya. Ianya merangkumi fizikal,minda
psikologi, etika moral dan norma-norma personaliti
yang kuat dipengaruhi oleh keluarga dan persekitaran
sosialnya.
Seseorang perlu menyesuaikan diri dengan
orang lain secara sosial dan profesional. Dimana
perasaan sendiri akan berubah-ubah melalui
pengalamannya. Ini menyebabkan kekeliruan
personaliti dan masalah sakit jiwa jika keterlaluan.
Maka seseorang menghadapi cabaran tanpa tertekan
dalam minda akan menghasilkan Homeostasis
( Capai Tahap Keseimbangan secara sosial &
psikologi dalam diri individu dendiri).
Beliau telah menyatakan bahawa konsep
kendiri berpandan dengan pengalaman akan
wujudlah istilah"Kongruen". Manakala
keadaan "Tidak Kongruen"berlaku apabila
tanggapan tentang dirinya tidak sama dengan
keadaan apa yang dialaminya.
4.1.2 Faktor-faktor Yang menyebabkan
Konsep Kendiri Negatif
Pengalaman pahit yan pernah dialami oleh
seorang individu seperti kegagalan dalam
pertandingan, kematian orang kesayangan mahupun
penceraian individu menyebabkan individu tersebut
membina konsep kendiri negatif.
Peneriamaan kritikan yang berterusan daripada
ibu bapa atau guru terhadap seseorang akan
menjejaskan perkembangan kendiri individu tersebut.
Seseorang individu yang kekurangan kasih
sayang dan perhatian akan menyebabkan pembentukan
psikologi & emosinya berkembang secara negatif.
Mereka bisanya menghadapi masalah susah mendapat
penerimaan daripada pelajar atau kawan yang lain.
Mereka akan mempunyai perasaan tidak diterima oleh
ahli kumpulan dan berasa rendah diri.
Selain itu, pencapaian akademik rendah bagi
seseorang atau jarang mendapat pujian daripada ibu bapa
atau guruguru akan memberi kesan negatif terhadap
konsep kendiri kanak-kanak tersebut.
Di samping itu, kita boleh mendapati bahawa
hubungan sosial dan status kedudukan sosioekonomi
keluarga juga memainkan peranan penting dalam
pembentukan konsep kendiri. Seseorang itu tidak
berpeluang bergaul dengan rakannya disebabkan oleh
sikap pemdiam dan tidak bersosial. Status sosioekonomi
keluarganya rendah pula mungkin menyebabkan kanak
-kanak itu menyendiri dari rakan sebayanya.
Akhir sekali faktor baka dari segi keadaan fizikal
yang mempunyai kecatatan atau kekurangan diri
akan menyebabkan pembentukan konsep kendiri
yang negatif.
4.1.3Cara-cara Bagaimana Guru-Guru
Boleh Membantu Pembinaan Konsep
Kendiri Yang Positif
Pada awal perjumpaan guru boleh menyatakan
bentuk peraturan yang jelas dan tingkah laku yang
diharapkan. Galakkan kebebasan dalam diri kanak-
kanak, tetapi guru perlu tahu masa yang sesuai
untuk memberi kebebasan kepada mereka.
Di samping itu, guru harus memberi murid-
murid mempunyai peluang bergembira bagi menjelajah,
kreatif dan ketawa.Galakkankanak-kanak mencuba
perkara-perkara baru dan sanggup menerima cabaran
serta benarkan murid-murid membuat keputusan
sendiri dan memikul tanggungjawab.
Guru harus sentiasa membincangkan dengan
murid-murid berkaitan pelbagai dimensi.Berikan
tumpukan perkara yang murid-murid dapat lakukan
dengan baik.
Jangkaan guru daripada murid-murid perlu
realistik dan tahu perkembangan kebolehan mereka.
Guru tidak boleh harapkan murid itu sempurna, beri
tunjuk ajar kepada mereka bahawa tidak menjadi
kesalahan apabila mereka gagal dan bantu mereka
belajar menyelesaikan kesilapan serta belajar
melalui kesilapan.
Tambahan pula guru boleh memberikan murid
-murid banyak senyuman dan peneguhan yang positif.
Dimana pujian dan teguhan kepada murid-murid
supaya mereka tahu yang diri mereka dihargai.
Perkataan yang boleh digunakan seperti: "Bagus ,
Cantik, Menarik,Pandai, Bijak, Wow, Betul, Cubaan
yang baik, Baik, Usaha yang sangat baik, Kemas
dan sebagainya."
Guru perlu menyediakan sebuah persekitaran
yang selamat bagi murid-murid agar dapat menyatakan
perasaan dan pendapat secara bebas. Guru tersebut
juga perlu menunjukkan rasa hormat kepada semua
murid di dalam kelas tanpa mengira bangsa, jantina,
agama dan latar belakang.
Guru boleh menjalankan pelbagai aktiviti untuk
membentuk konsep kendiri pada muridnya. Contohnya,
membuat poster besar berkenaan murid- murid yang
mengandungi gambar, aktiviti kegemaran,binatang
kesayangan dan sebagainya. Galakkan kanak-kanak
melukis gambar dan bercerita berkenaan diri mereka.
Selepas itu, minta murid-murid bercakap berkenaan
kebaikan kawannya dan tulis atas poster.
Murid-murid juga boleh membuat poster yang
melengkapkan ayat, “ Saya istimewa kerana…………"
atau poster “Saya boleh.”. Suruh kanak-kanak melukis
gambar ataupun menulis ayat berkenaan perkara-
perkara yang mereka dapat lakukan.
Selain itu, guru boleh minta murid-murid beratur
dalam dua barisan dan berhadapan antara satu sama
lain, murid-murid yang bersemuka tersebut boleh
bersalam dan menyatakan sesuatu yang positif.
Akhir sekali,guru boleh mengadakan
penyampaian hadiah kepada murid yang terbaik bagi
setiap minggu bagai galakkan.
4.2 Personaliti
Melalui tugasan ini saya telah mengkaji mengenai
pengertian personaliti daripada pelbagai aspek iaitu
dari bahasa Latin yang membawa maksud topeng muka
yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu
untuk mewakili perwatak orang di pentas.
Personaliti individu melibatkan aspekaspek fizikal
dan mental.Personaliti dari aspek psikologi bermaksud
corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang
individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara
sesama individu lain.Ia dipengaruhi oleh proses biologikal
mengikut keperluan persekitaran. Ekspresi individu boleh
diperhati melalui pemikiran,perasaan, keakraban dan
interaksi.Ahli-ahli psikologi berpendapat personaliti
merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,
keupayaan, kepercayaan,kecerdasan, motivasi, kebiasaan
dan sebagainya.
“Personality is the complex organization of cognition, affects, and
behaviors that gives direction and pattern (coherence) to the
person’s life. Like the body, personality consists of both structures
and processes and reflects both nature(gene) and nurture
(experience). In addition, personality includes the effects of
the past, including memories of the past, as well as constructions
of the present and future.” Pervin (1996), dlm Mitschel (1999:4)
4.2.1 Konsep
Sejarah pengklasifikasian personaliti manuasia
telah dikesan sejak zaman Hipocrates( 400 S.M). Oleh
kerana ahli-ahli psikologi mempunyai pandangan yang
berbeza-beza seperti cara manusia dikenali dan difahami,
maka lahirkan teori atau perspektif yang tersendiri.
Menurut Kurt Lewin, tingkah laku ditetapkan melalui
personaliti individu (faktor dalaman) & bagaimana dia
berinteraksi dengan persekitra(faktor luaran ). Dimana
Eysenck pula mengemukakan teori personaliti ialah
oraganisasi watak, perangai,intelek,bentuk badan yang
agak stabil untuk menentukan penyesuaiannya yang unik
terhadap persekitarannya.
Alder ( 1948 ) pula mengatakan personaliti merupakan
gaya hidup seorang individu.Gordon Allport ( 1961 )
menekankan personaliti bagai organisasi sistem psikologikal
yang dinamik.Trait seperti kerajinan, kesabaran & daya
pujuk adalah saling berkait. Beliau telah mengaji sistem
psikofizikal yang merujuk kepada tabiat,sikap, nilai,
kepercayaan, kenbiasaan, emosi dan sentimen yang
terdapat dalam bentuk psikologi.
Ahili-ahli Psikologi modern seperti Mischel ( 1981 )
telah menyusunkan pola-pola tingkah laku manusia yang
diaplikasi dalam situasi kehidupannya.Kagan, J. dan
Segal, J( 1988 ) pula mangatakan personaliti individu ini
merangkumi corak keseluruhan seorang individu ini berfikir,
berasa, bertingkah laku dan caranya berhubung dengan
alam sekitar.
4.2.2 Pengelasan Personaliti
4.2.2.1 Personaliti Ekstrovert
Personaliti jenis ini lebih kepada sifat luaran. Ia
merangkumi pergaulan, memberi perhatian dan bercampur
dengan orang lain.Individu ini lebih kepada penilaian dunia
luar daripada dalamannya yang terdiri daripada idea.
“Anak-anak yang telah diasuh dengan penuh
kebebasan dapatmenonjolkan ciri ekstrovert.”
Slater (1962)
Kebebasan merupakan satu ciri ekstrovert.Ciri-ciri
individu Ekstrovert seperti refleks, gemar bercampur,peramah,
aktif, inovatif, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan
berkeupayaan kepimpinan.
Individu yang berpersonaliti ekstrovert semakin
bertenaga khas dengan kehadiran orang di sekelilingnya.
Mereka jarang duduk bersendirian & berfikir tetapi sentiasa
mencari keseronokan di sekelilingnya.
Menurut pendapat Eysenck (1980), seseorang yang
ada ciri ekstrovert mestilah aktif, gemar beraul, optimisitk,
gemar aktiviti luar dan sebagainya.Jadi, memang benarlah
apa yang dikatakan oleh pakar psikologi yang memberikan
pendapat mereka sendiri mengenai konsep personaliti
seperti Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J, Segal J, dan Watson.
Oleh itu, personaliti merupakan satu elemen yang amat penting
bagi seseorang individu dan tingkah laku seseorang itu
melambangkan personaliti masing-masing.
4.2.2.2 Personaliti Introvert
Menumpukan kepada aspek dalaman perkembanagn
personaliti seseorang. Introvert bermakna mengambil berat
tentang diri sendiri. Dunia introvert lebih bersifat subjektif.
Mempunyai ciri individu yang gemar mempamerkan ciri seperti
pasif, pemalu, sensitif, gemar keseorangan, cermat, refletif atau
sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan kerja, boleh
dipercayai dan bersedia menanggung risiko.
Individu bersifat pendiam dan hanya berminat dengan diri
mereka sahaja.Mereka cuma berminat dalam aktiviti yang tidak
melibatkan orang lain,seperti membaca, menulis, melukis,
bermain komputer dan lain-lain. Atau boelh dikatakan mereka
cuma akan seronok semasa bersama dengan kawan rapat
sahaja.Block (1971) telah manjalankan satu kajian melibatkan
100 orang lelaki dan perempuan unutk tempoh 25 tahun telah
merumuskan bahawa ciri individu introvert ialah kawalan emosi,
meminati keindahan, kesabaran dan kebolehpercayaan yang
tidak berubah.
4.2.2.3 Personaliti Ambivert
Personaliti ini merupakan gabungan kedua-dua jenis
perkembangan personaliti. Gabungan ekstrovert &introvert
menyebabkan mereka menjadi aktif atau pasif mengikut
situasi semasa.Orang yang mempunyai kedua-dua ciri
introvert dan ekstrovet biasanya aktif tetapi sensitif, mereka
suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan.
Selain itu, mereka boleh bertutur lancar tetapi berfikir
sebelum memberi pendapat.Ahli psikologi British, Hans
Eysenk (1981) mengklasifikasikan perkembangan personaliti
ini bagai"Dimensi Dua Personaliti" dengan perantaran
"ketidakstabilan". Orang yang stabil bersifat tenang, tidak cepat
marah dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.Dimana
orang tidak stabil pula bersifat muram, sensitif, cemas,gelisah
dan sebagainya.
Teori Tret "Trait"
"Trait" adalah merupakan sifat-sifat atau perangai
merupakan ciri-ciri individu yang kekal & boleh diramalkan.
Ia diperolehi sejak lahir melalui pembelajaran dari persekitraran.
Personaliti merujuk kepada oraganisasi watak,perangai,
intelek, bentuk badan,cara permikira,perasaan & tingkah laku
individu.
Watak merupakan bentuk penilaian yang dilakukan oleh
ahli-ahli masyarakat berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya
masyarakat.Watak merangkumi tret-tret spt kejujuran,
kebolehpercayaan amanah, kebersihan, kesabran,toleransi,
belas kasihan, hormat-menghormati, tanggungjawab,
cemas,gemar bercakap dsb.
Goldon Allport berpendapt bahawa tret merupakan sifat
semula jadi manusia yang mengarahkan tingkah laku
seseorang degan kadar yg konsisten. Setiap individu
mempunyai tret yang berbeza. Dimana tret dibahagi kepada
tret Kardinal yang menunjukkan satu corak yang mempengaruhi
perbuatan seseorang.Tret Pusat pula berpengaruh pada masa
-masa tertentu yang menunjukkan sifat.Manakala Tret
Sekunder pula adalah merupakan sifat yang mengawal
perilaku seorang secara specifik.
Raymond Cattell memperkenalkan dua jenis tret iaitu tret
permukaan dimana sifat yang senang dikenal pasti darrpada
tingkah laku. Dan tret sumber diamana sifat yang tidak dapat
dilihat secara langsung tetapi boleh diketahui melalui proses
penganalisisan yang terperinci.
Teori " Humanistik "
Teori " Humanistik" yang dipelopori oleh Carl Rogers &
Abtaham Maslow ini adalah berlandaskan kepada
kepercayaan bahawa manusia berupaya untuk merancang
dan membentuk nasib mereka.Manusia menunjukkan sifat
personaliti yang baik untuk mendapatkan kesempurnaan
kendiri supaya boleh membentuk perkembangan personaliti
yang positif.
Hati, Akal, Nafsu, Jiwa - Al- Ghazali
Al Ghazali, seorang ahli tokoh islam yang mencadangkan
bahawa personaliti seseorang dipengaruhi tiga faktor utama
iaitu hati, akal dan nafsu.Individu yang mempunyai hati yang
baik dapat bertindak dengan intuisi rasional kerana hati akan
sentiasa mempengaruhi minda mereka. Individu yang
mempunyai hati jenis ini dikatakan mempunyai kebijaksanaan
berprinsipkan perasaan dan gerak hati berbanding dengan
pemikiran yang berdasarkan rasional serta logik.
Akal membolehkan manusia menyelesaikan masalah
secara logik, membantu, menaakul serta membuat keputusan
secara logik dan munasabah.Dimana kehendak atau nafsu
ini mempengaruh individu contohnya seseorang yang bernafsu
negatif biasanya menonjolkan tingkah laku tidak bermoral.
Individu yang bernafsu mardiah pula sentiasa menunjukkan
tingkah laku positif dan bersyukur kepada orang lain.
Ruh atau Jiwa berhubung terus dengan Tuhan, ia
berkembang secara beransur-ansur dalam pelbagai tahap
menghindarkan kelemahan serta mengenalpasti kekuatan
masing-masing.
Al Ghazali menyatakan interaksi di antara hati,
kehendak dan akal akan mempengaruhi personaliti manusia.
Akibat mempunyai pemikiran yang berbeza maka manusia
boleh memiliki tiga jenis personaliti, iaitu personaliti ideal,
personaliti seimbang dan personaliti keliru.
Teori Psikoanalisis - Sigmund Freud (1856-1939)
Sigmund Freud yang memperkenalkan teori psikoanalisis
berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah didorong
oleh sesuatu kuasa dalaman.Hasil daripada beberepa kajian
ke atas pesakit-pesakit jiwa, Freud memperkenalkan tiga
konsep yang berkaitan dengan fikiran manusia. Ketiga-tiga
kategori personaliti adalah Id pada aras tidak sedar,ego
dan superego.
Freud mengemukakan Id wujud pada peringkat tidak
sedar,adalah peringkat yang awal dipunyai oleh kanak- kanak.
Tujuan hidup mereka adalah untuk kepentingan diri sendiri
dengan memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman,
pakaian dan perlindungan.Bahagian tidak sedar ini
sebenarnya merangkumibahagian terbesar pada fikiran
manusia.Sebab itulah mengapa manusia bertindak dan
menunjukkan personaliti yang sukar diramal.
Menurut Freud, ego merupakan subsistem personaliti
yang terbentuk melalui pengalaman orang dengan realiti.
Pemikiran sedar mengawal kehendak yang tidak dapat
dipuaskan oleh id. Peranan ego penting untuk menilai
keputusan yang telah dibuat untuk dirisendiri atau komuniti
berdasarkan pertimbangan akal yang realistik dan logik.
Pemikiran semakin matang dan boleh menyesuaikan diri
dengan masyarakat.
Peringkat ketiga prasedar wujud di antara kedua-dua
aras tadi.Manusia biasanya mengalami kesukaran untuk
mengingati perkara yang sudah berlalu. Super-ego berfungsi
sebagai penghalang daripada tingkah laku yang salah atau
tidak baik dan membina tingkah laku yang dikehendaki oleh
masyarakat. Komponen ini mengandungi hati nurani yang
dimiliki oleh seorang individu. Ianya berkembang melalui
peneguhan moral yang telah diperlajari dan digunakan secara
konsisten untuk mangawal tingkah laku individu. Kegagalan
super ego dalam memainkan peranan sebagai pencegah
akan menyebabkan seseorang itu mengalami konflik dalaman.
4.2.3 Peranan Guru-Guru Dalam Pembentukan
Personaliti Murid Yang Positif
Sekolah memainkan peranan penting dalam mendidik
murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu dan berakhlak.
Guru pula menjadi role model untuk membentuk personaliti
murid yang positif.
Guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti
personaliti seseorang murid.Persepsi rakan sebaya dan individu
yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan
pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan.
Tambahan pula iklim sekolah yang kondusif serta
penglibatan aktif dalam kokurikulum akan mempengaruhi
perkembangan personaliti yang positif.Maka,guru boleh
mengambil pelbagai initiatif utk membentuk personaliti positif di
kalangan murid dari aspek-aspek fizikal seperti maggalakkan
pemakanan yang stabil dan sihat kepada murid-murid.
Segi sosial,iaitu menjadi guru yang beretika sosial atau budi
bahasa agar boleh dicontohi oleh murid-murid.
Selain itu, dari aspek psikologi pula, perkembangan
mental &emosi murid perlu diambil perhatian dari semasa ke
semasa.Muriddiajar untuk menangani emosi positif & negatif
dan memahami nilai-nilai & sistem kepercayaan kendiri.
Guru juga berperanan untuk mengatur aktiviti-aktiviti yang
bolehmembangunkan sikap,watak, budi bahasa, pengetahuan
dan pelbagaikemahiran hidup yang baik.Guru harus memupuk
muridnya melalui aktiviti harian untuk mengenal pasti kekuatan
kelemahan murid-murid.Guru juga harus bijak dan mempunyai
kemahiran mendengar di kalangan murid-murid di samping itu
memberi kauseling jika rasa perlu.
4.2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Personaliti
Personaliti
Personaliti adalah satu siri kombinasi atribut, motif, nilai
dan tingkah laku yang unik kepada setiap individu.Demikian
juga personaliti merujuk kepada organisasi, watak, perangai,
intelek, bentuk badan yang stabil yang menentukan
penyesuaian unik individu terhadap persekitarannya.
Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, proses pembentukan
dan perkembangan personaliti dipengaruhi oleh dua faktor
utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan,
keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi generasinya. Murid-
murid berbadan jenis mesamorph,menunjukkan prestasi baik,
harga diri baik membawa personaliti yg sihat.
Dimana penyakit seperti lelah dan kencing manis
adalah faktor kebakaan, murid yang kerap jatih sakit
menyebabkan mereka tidak dapat menyertai aktiviti sosial.
Maka penyakit tersebut telah menjejaskan perkembangan
personaliti positifnya.Kecerdasan seorang murid yang
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan
meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu, murid yang kurang sabar biasanya gagal
mengawalperasaan kecewa, maka mereka mudah putus
asa dan tidak yakin menerima cabaran.Faktor yang
kedua adalah faktor persekitaran.Ia merangkumi keadaan
keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalaman.
Suasana rumah yang tenang dan harmoni akan membentuk
personaliti kanak-kanak yang positif.
Pengalaman awal amat penting bagi perkembangan
personaliti kanak-kanak. Mereka yang telah melakukan
kesilapandan dihukum akan sentiasa bimbang akan dihukum
semasa mereka melakukan sesuatu perkara yang baru.
Di samping itu, individu yang mangamalkan pemakanan
yang seimbang dan berkhasiat akan membina tingkat
kesihatan yang baik. Penyataan "badan sihat, otak cergas."
amat tetap dan penting dalam pembinaan perkembangan
personaliti.
Selain itu, taraf sosioekonomi sesebuah keluarga,
kebudayaanserta norma dan nilai yang berbeza diamalkan
akan membawa perkembangan personaliti yang berbeza.
Akhir sekali, pengaruh luaran seperti pihak sekolah,
guru, rakansebaya, media massa dan masyarakat juga
akan mempengaruhi pembinaan personaliti seseorang
individu.
4.3 Helah Bela Diri
Helah bela diri mengekalkan konsep kendiri yang baik
dan hargamdiri yang tinggi bukan merupakan suatu tugasan
yang mudah. Setiap hari, banyak peristiwa berlaku yang
boleh menjejaskan konsep kendiri.
Mekanisme helah bela diri merupakan perlindungan atau
pembelaan diri terhadap sesuatu perbuatan yang
dilakukannya.
Davidoff (1976)
4.3.1 Definisi
Helah bela diri dalam bahasa Inggeris " defence
mechanisme " bermaksud proses yang biasa dilakukan
oleh seseorang secara tidak sedar dalam penyesuaian
untuk mengatasi kebimbangan, konflik, tekanan jiwa dan
kemungkinan ancaman yang dihadapi.
Makanisme helah bela diri merupakan strategi yang
digunakan oleh individu untuk mempertahankan harga diri.
Seseorang menggunakan helah bela kerana cuba
memutarbelitkan keadaan realiti yang sebenarnya.
Helah bela diri didorong oleh EGO sebagi strategi
mental yang digunakan oleh seseorang untuk membela
diri daripada ancaman ID serta tekanan SUPEREGO.
4.3.2 Jenis-Jenis Mekanisma Helah Bela Diri
Ada banyak cara yang digunakan untuk
mempertahankan harga diri seorang individu. Supresi atau
penindasan merupakan satu tindakan yang sengaja
dilakukan untuk mengelakkan daripada memikir
sesuatu masalah.
Supresi hanya berkesan untuk masalah yang kecil.
Bagi masalah yang besar, kebimbangan tentu akan timbul
semula. Contohnya, seseorang itu gagal dalam ujian,
cuba mengelakkan daripada memikirkan kegagalan itu,
seseorang itu menonton wayang atau main tenis.
Sublimasi merupakan helah bela yang paling sihat.
Seseorang individu yang mengamalkan sublimasi akan
menerimakenyataan dan menyalurkan kekecewaan,
kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti
lain yang sihat. Contohnya, murid yang tidak pandai
bersosial menyalurkan parasaan kesunyian dengan
menggubah pantun, puisi atau sajak yang boleh diterima
oleh masyarakat.
Rasionalisasi pula berlaku apabila seseorang
individu cubamenipu diri dengan tujuan menjaga harga diri
dan menutup kesalahan dirinya. Contohnya, murid tewas
dalam pertandinganbercerita dia cuba menyalahkan guru
kurang adil ketika memberi markah.
Pindahgantian berlaku apabila perasaan marah
dipindahkan dari seorang kepada orang yang lain
(mangsa).Contohnya guru dimarah oleh pengetua, guru
marah murid pula.
Projeksi menyumbangkan perasaan gelisah mereka
kepada orang lain bagi menghindarkan perasaan kesakitan
yang dialamidalam dirinya. Contohnya, seorang pelajar
lemah bercadang untuk menipu dalam suatu peperiksaan
tetapi hati kecilnya tahu perbuatan itu salah.Dia ingin cuba
mengesyaki pelajar lain juga menipu.
Represi merupakan proses mental yang aktif,
seseorang itu sengaja "melupakan"peristiwa yang pahit.
Contohnya murid yang pernah dibuli dan benci akan
seseorang itu, kalau individu itu sukar mengingati kembali
namanya,maka dia mungkin telah melakukan represi.
Penarikan merupakan satu proses di mana individu
secara sedar menarik diri dari sesuatu situasi yang
kurang menyeronokkan. Contohnya, jika tidak biasa ke
majlis kerana bimbang bercakap dan bertukar-tukar
pendapat, seseorang itu berasa seronok kalau tidak ke
majlis itu.
Fantasi berlaku apabila seseorang individu cuba
mengurangkanketegangannya dengan cara berkhayal
dan membentuk suatu situasi dalam imaginasinya. Dia
berasa tidak begitu mangancam dan lebih selesa
daripada keadaan sebenar. Contohnya,murid yang tidak
popular mungkin menggunakan fantasi untuk berimaginasi
bahawa dia diterima dan disayangi oleh ramai orang.
Regresi berlaku apabila seseorang kembali kepada
tingkah laku yang lazim terdapatpada peringkat terdahul.
Contohnya, dewasa yang berumur 20 tahun mula mengigit
kuku yang merupakan amalan yang dilakukan ketika di
berumur 7-8 tahun.
Pembentukan Reaksi pula merupakan satu cara
melakonkan sesuatuyang berlawan dengan situasi yg tidak
dapat diterima.Contohnya, perasaan bersalah seseorang
murid memberi layanan yang lebih baik kepada guru
mentornya yang sebenarnya kehormatan masih
tersembunyi perasaan keengganan.
Kompensisi atau imbuhan telah mengimbuhkan
kelemahan dan menunjukkan prestasi yang baik dalam
bidang yang lain. Contohnya, murid lemah dalam sukan
tetapi cuba menunjukkan pencapaian baik dalam
akademik.
Identifikasi berlaku apabila seorang individu cuba
lari dari realiti dirinya sebenar dengan membuat
penyesuaian bagi menyifatkan dirinya dengan seorang
yang dia minati.Contohnya,seorang murid mengikut aksi
Michael Jackson kerana dia suka cara beliau menari.
Keagresifan merupakan tindakan untuk
mengeluarkan,mencederakan atau merosakkan akibat
ancaman atau kekecewaan. Contohnya, kanak-kanak
tidak dapat mengikut ibu ke kompleks beli-belah, dia
akan meraung, meradang atau menarik tangan ibunya.
Penafian berlaku apabila seseorang individu tidak
mahu menerima
kenyataan. Secara sengaja tidak percaya perkara buruk
atau sedih telah berlaku. Contohnya,seorang yang
mendapati dirinya menghidapnpenyakit kanser berpura
-pura tidak mengetahui atau menyatakan diagnosis doktor
adalah salah.
Intelektualisasi melibatkan penaakulan yang
berkait dengan rasionalisasi. Kebimbangan dapat
dikurangkan dengan penggunaan perkataan bukan
perasaan utk menghuraikan satu situasi. Contohnya,
Kaunselor tidak boleh membenarkan emosi mempengaruhi
ketika mendengar sesuatu kisah yang amat sedih.
Kaunselor perlu mengunakan perkataan bukan perasaan
untuk menjelaskan situasi murid agar dia berada dalam
keadaan yang mampu menolongnya.
4.3.3 Cara-Cara Guru-Guru Membantu Murid
-Murid Menangani Mekanisma Helah
Bela Diri.
Guru telah memainkan peranan yang penting dalam
menangani makanisema helah bela diri di kalangan murid
-murid. Maka guru harus bersikap cermat serta sentiasa
mengambil perhatian akan tingkah laku murid-murid yang
menunjukkan personaliti negatif dimana murid tersebut
sama ada telah melakukan helah bela diri.Makanisma helah
bela diri ini juga berhubung kait dengan tahap kesedaran
minda.
Oleh itu, segala usaha perlu dilakukan untuk
mencapai pemikiran positif.Guru-guru boleh mambantu
murid-murid meluahkan masalah mereka dan membantu
mereka mamahami dan menerima penyelesaian bernas.
Maka seseorang guru harus menguasai pengetahuan dan
maklumat tentang kehendak yang sihat boleh disimpan
di dalam minda.
Guru-guru boleh memberikan pelbagai kemahiran
kepda murid murid mengurus perassan dalam diri mereka.
Guru perlu membentuk kemahiran intrapersonal yang
porsitif untuk mendapat kepercayaan muridnya secara
sihat dan erat.
Selain itu, guru perlu menolong murid yang lemah
bersosial dengan memahami dan menjalinkan persahatan
mereka dengan orang lain.Ini akan membantu pergaulan
mereka dan menyelami perasaan dan reaksi emosi
mereka.
Guru juga perlu sentiasa menyampaikan pengetahuan
dan cara mengurus perasaan kemarahan dan urusan
tekanan di kalangan murid.Murid-murid
harus mengenal punca kemarahan atau tekanan dengan
menyatakannya. Proese ini amat penting kepda murid-
murid yang semakin dewasa.
Guru juga boleh menggalakkan murid-murid untuk
menulis perasaan dan pandangan mereka di dalam jurnal
bagi mereka meluahkan emosi-emosi yang tersembunyi.
Kemudian guru boleh membantu mereka untuk menangani
semua masalah yang dihadapi.
Akhir sekali, jika guru mendapati kes-kes semakin
rumit, guru boleh minta pertolongan kauselor sekolah. Ujian-
ujian profesional boleh dijalankan supaya masalah mereka
boleh diselesaikan dengan mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya.
4.3.4 Implikasi Personaliti, Konsep Kendiri Dan
Helah Bela Diri Terhadap Pengajaran
Dan Pembelajaran.
Guru memiliki personaliti yang positif berupaya
membawa perubahan kepada muridnya. Guru yang berjaya
membina hubungan baik dapat mengalak dan momotivasi
muridnya.
Guru juga boleh memupuk kemahiran kreatif dan
mencari penyelesaian masalah mahupun memodifikasikan
tingkah laku murid secara sistematik di dalam bilik darjah.
Perubahan tingkah laku yang porsitf mendorong murid
lebih aktif dalam proses P&P dimana murid menerima
bimbingan dan pujian daripada guru akan berasa lebih
selesa dan percaya akan guru mereka.Guru perlu
meningkatkan pengalaman para murid untuk mengalami
pembelajaran masteri dan menghadapi tekanan dalam
proses P&P.
Tambahan pula,guru harus mengenali dan menangani
pelbagai jenis helah bela diri yang berpunca daripada
kebimbangan kendiri atau kekecewaan dalaman murid.
Akhirnya,diharapkan penbentangan ini sedikit
sebanyak dapat memberikan kefahaman terhadap konsep
kendiri,personaliti dan juga helah bela diri yang sebenar
serta diharapkan laporan ini juga dapat membantu bakal
pendidik untuk mengaplikasikan konsep ini di dalam proses
pembelajaran agar falsafah pendidikan kebangsaan dapat
diteruskan untuk generasi yang akan datang.
Rujukan
~ Kamarudin Hj Husin. 1996. Sekolah dan Perkembangan
Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
~ Ee Ah Meng. 1995. Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak
(Asas Pendidikan 4).
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
~ Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh ( PhD).2012. Panduan Ilmu
Pendidikan untuk DPLI Psikologi.Kuala Lumpur.
Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
~ Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus
Diploma Perguruan Semester 1 (2nd ed.).
Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.
/09/2-konsep-kendiri.pdf
~ http://ms.wikipedia.org/wiki/Konsep_kendiri
~ http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=416