Thursday, August 23, 2012

PERBEZAAN INDIVIDU (DISEDIAKAN OLEH P.H.POH DPLI MUZIK/PC SEM2)



PERBEZAAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH P.H.POH (DPLI MUZIK/PC SEM 2)

                     


PENGHARGAAN






1.0
PENGENALAN






2.0
ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU


2.1
Fizikal


2.2
Kognitif / Mental


2.3
Emosi


2.4
Tingkah Laku


2.5
Sosial


2.6
Rohani / Agama






3.0
KEPELBAGAIAN KECERDASAN


3.1
Teori Pelbagaian Kecerdasan : Howard Gardner



3.1.1
Kecerdasan Linguistik



3.1.2
Kecerdasan Logikal-Matematikal



3.1.3
Kecerdasan Visual-Spatial



3.1.4
Kecerdasan Muzik



3.1.5
Kecerdasan Tubuh Kinestetik



3.1.6
Kecerdasan Interpersonal



3.1.7
Kecerdasan Intrapersonal



3.1.8
Kecerdasan Alam Sekitar






4.0
KECERDASAN EMOSI






5.0
GAYA KOGNITIF


5.1
Gaya Kognitif Analisis


5.2
Gaya Kognitif Idealis


5.3
Gaya Kognitif Pragmatik


5.4
Gaya Kognitif Realisme


5.5
Gaya Kognitif Sintesis






6.0
GAYA PEMBELAJARAN


6.1
Model Pembelajaran Dunn dan Dunn






7.0
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN






8.0
KESIMPULAN







BIBIOGRAFI









Ucapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya.  Ini adalah kerana semasa membuat tugasan ini, waktu itu juga merupakan tempoh selama dua minggu saya menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah pilihan saya.  Walaupun kesuntukan masa, saya juga telah menyiapkan tugasan saya ini dengan mengikut strategi perancangan tugasan saya.  Dalam sepanjang aktiviti PBS, saya juga turut membuat analisis tugasan saya ini dengan memerhati gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid-murid di sekolah itu semasa tijauan strategi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.  Di sini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Psikologi ini, Encik Ridzuan Bin Ahmad yang telah memberikan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran untuk membantu dan memberikan sokongan sepenuhnya dalam tugasan ini termasuklah semasa pembentangan saya dijalankan. 

            Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan saya.  Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan saya telah menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam proses penyiapan tugasan ini.  Akhirnya, sokongan dan jasa daripada pihak di atas tidak akan saya lupakan. 


1.0             PENGENALAN

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain.  Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu.  Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. 

Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi.  Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.  Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. 

            W.W.Cook: Grouping and promotion in the Elementary School menjelaskasn perbezaan individu dari segi pencapaian dengan kajian hampir semua kelas Darjah 6 akan terdapat sekurang-kurangnya seorang murid yang berkebolehan membaca setakat Darjah Dua dan seorang murid berkebolehan membaca sehingga Tingkatan Empat.  Namun, kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaliknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.  Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya guru untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di dalam kelas.   



 
2.0             ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara.  Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai aspek.  Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:

2.1             Fizikal
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi.  Ini dapat kita memerhatikan perbezaan individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron.  Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah.  Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki. 

Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan.  Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat bersukan.  Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam.  Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran. 

2.2             Kognitif / Mental
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.  Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan.  Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan.  Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki.  Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan.  Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan. 

2.3             Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan.  Ini adalah kerana mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan.  Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa.  Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza.  Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya.  Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan. 
     
            Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka.  Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.  

2.4             Tingkah laku
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang.  Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial.  Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif.  Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan kebudayaan. 

2.5             Sosial
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif.  Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu.  Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.

Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi.  Di dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. 

2.6       Rohani / Agama       
            Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing.  Aspek rohani dalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa.  Murid-murid dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa.  Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.

            Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu, maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan sebagainya. 

            Namun begitu, para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.   


3.0             KEPELBAGAIAN KECERDASAN
Kecerdasan merupakan keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur.  Ujian kecerdesan (skala 1950) untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk hingga keupayaan menakrif konsep yang abstraks.  Teori Vygotsky menekankan konsep kecerdasan meliputi keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding.

3.1       Teori Pelbagaian Kecerdasan : Howard Gardner    
Howard Gardner, profesor di universiti Harvard, beliau menyatakan terdapatnya lapan kecerdasan yang mempunyai kuantiti yang berbeza-beza diwujudkan di kalang individu.  Garner (1993), potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam dirinya iaitu :

3.1.1   Kecerdasan Linguistik
           Kecerdasan ini secara dominan dan mahir dalam proses membaca, menulis, bertutur danberbicar.  Murid-murid ini sensitif kepada makna dan susunan perkataan iaitu mempunyai kemahiran berbahasa.  Jenis murid-murid ini gemar memberikan pendapat, suka menulis dan mereka minat dan banyak membaca.

3.1.2       Kecerdasan Logikal-Matematikal
Kecerdasan ini merangkumi mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik dengan mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.  Murid ini lebih dalam kepandaian Matematik dan sistem logik serta berkeupayaan berfikir secara logik dan dapat mengenal geomatrik serta nombor-nombor pengiraan dengan mudah.  Justeru, mereka suka mencari sebab musabab bagi sesuatu yang tidak jelas dan suka menyoal tentang berbagai-bagai fenomena. 

3.1.3       Kecerdasan Visual-Spatial
Kecerdasan ini berupaya untuk menggambar sesuatu dengan tepat.  Kecerdasan ini menepati ruang, melukis, membentuk corka, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual.  Murid-murid ini berkeupayaan membuat persepsi tentang dunia sebenar, menggambar secara grafik di dalam fikiran mereka apa yang mereka alami. 

3.1.4       Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan mencipta muzik.  Kecerdasan ini mengenai pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma, melodi muzik dan main alat-alat muzik.  Murid ini gemar belajar dengan diiringi muzik di latar belakang.

3.1.5       Kecerdasan Tubuh Kinestetik
Kecerdasa ini berupaya menggunakan tubuh badan dengan mahir.  Kecerdasan ini merangkumi gerak badan gimnastik, kawalan fizikal badan, kawalan anggota dan mereka suka dalam bidang sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.  Murid-murid ini suka bermain permainan dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

3.1.6       Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan berhubung dengan orang lain.  Mereka yang mempunyai kecerdasan ini suka berinteraksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.  Murid ini sering suka terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah, mereka mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, bersifat kasihan serta berpotensi tinggi menjadi pemimpin sebab mereka mudah mempengaruhi orang lain.

3.1.7       Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal ini berkeupayaan memahami emosi dan perlakuan sendiri.  Mereka mempunyai kecerdasan dalaman diri yang tinggi dengan berkeupayaan mengenali dalaman diri sendiri.  Murid-murid ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan menunjukkan kemahiran kepimpinan serta mempunyai ciri-ciri berdikari, set nilai-nilai dan prinsip-prinsip tersendiri.  Mereka suka memencilkan diri dan tidak dapat bertemu dengan individu yang mempunyai minat yang sama. 

3.1.8       Kecerdasan Alam Sekitar
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sensitif kepada isu-isu alam persekitaran, minat belajar tentang pelbagai flora dan fauna.  Mereka mempunyai keupayaan mengenali dan mengategori alam flora dan fauna.  Murid-murid ini berkemahiran yang tajam dalam mengkaji pelbagai corak-corak dan pola-pola persekitaran, mereka sanggup berjuang habis-habisan untuk mempertahankan sesuatu isu persekitaran. 

Guru seharusnya membenarkan murid-murid meneroka sendiri dalam suasana yang selamat supaya mereka boleh mengarah pembelajaran kendiri.  Guru dapat memberikan bantuan murid-murid menghargai kekuatan kendiri dengan melibatkan diri mereka dalam penyelesaian masalah harian.  Haward Garner berpendapat melalui P&P melalui beberapa mata pelajaran, murid-murid akan lebih berminat dan terangsang untuk meneroka idea-idea baru.  Namun, pendekatan P&P guru dapat dirancangkan mengikut kecerdasan yang sedia ada pada murid supaya pembelajaran murid dapat mengembangkan dan meningkatkan tahap emosi mereka supaya seimbang (kecerdasan emosi).


4.0             KECERDASAN EMOSI

Emosi adalah sesuatu perasaan jiwa yang kuat.  Daniel Goleman (1997) menyatakan dalam buku Emotional Intelligence emosi adalah sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri dan beliau telah memperkenalkan konsep kecerdasan emosi serta menggunakan cara atau kaedah untuk menyukat kecerdasan dan potensi seseorang.  Kecerdasan emosi adalah pengukur kecerdasan perasaan dan emosi dengan berdasarkan kepada kesedaran bahawa perasaan dan emosi adalah berasingan daripada tindakan seseorang.  Kecerdasan emosi ini berhubungkait dengan pengenalan kendiri dan kerohanian serta pengawalan emosi orang lain serta ia juga berkait rapat dengan teori pelbagai kecerdasan. 

Kecerdasan emosi ini merangkumi tiga komponen iaitu pertama, kognitif dengan merujukkan pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar dan aspek penilaian.  Kedua, fisiologikal menekankan rangsangan dan kebangkitan badan fizikal.  Akhirnya, tingkah laku yang menunjukkan ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka.  Kecerdasan emosi adalah integrasi emosi denagn struktur kognitif dalam personaliti individu.  J.D.Mayer dan P.Salovey (1990), Kecerdasan emosi adalah kognitif masyarakat dan ia merangkumi tiga kategori yang utama iaitu kebolehan membezakan emosi diri dengan orang yang lain, kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain serta kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.    

            Guru berperanan menyelitkan pelbagai aktiviti untuk membantu murid-murid supaya dapat mempertingkatkan serta mengembangkan kecerdasan emosi mereka.  Terdapatnya enam bidang kecerdasan emosi perlu dikembang secara berurutan oleh seseorang guru untuk mempertingkatkan kecerdasan emosi murid-murid iaitu pertama, perkembangan kesedaran kendiri berlaku dengan memerhati tindakan dan gerak balas kendiri, termasuk pemikiran dan pertuturan seseorang.  Kesedaran ini dapat dicapai melalui mengimbas kembali melalui proses-proses refleksi dan introspeksi.

            Kedua, guru berperanan mengawal emosi murid-murid.  Guru juga bertugas sebagai kaunselor kepada murid-murid supaya dapat membantu mereka menangani dan mengatasi perasaan ketakutan, kemarahan, kesedihan atau kecurigaan.  Guru perlu sentiasa membantu murid-murid mengawal daripada wujudnya emosi-emosi negatif.  Ketiga, guru boleh mengajar murid-murid memahami perasaan orang lain.  Murid akan dididik untuk melahirkan perasaan belas kasihan untuk orang lain dan menghargai perbezaan pandangan serta memahami perasaan antara individu tentang isu yang sensitif.   

            Keempat, guru berperanan meningkatkan kemahiran sosial di kalangan murid-murid dengan melahirkan hubungan berinteraksi dan komunikasi yang berkesan.  Peningkatan kemahiran sosial akan mempengaruhi tahap kualiti persahabatan meningkat.  Contohnya, guru mengajar murid-murid menyuarakan pendapat mereka tanpa beremosi.  Kelima, guru mengajar murid-murid bekerjasama antara satu sama lain.  Melalui kerjasama ini, murid-murid dapat memupuk nilai bertanggungjawab atas tindakan mereka.  Akhirnya, guru mengajar murid-murid menyelesaikan konflik.  Penyelesaian konflik melibatkan kemahiran-kemahiran mengawal emosi yang spesifik.  Ringkasannya, kawalan emosi penting bagi murid-murid supaya dapat bermesra secara harmoni dengan rakan-rakan sekelas dan turut mempertingkatkan tahap persahabatan mereka.


5.0             GAYA KOGNITIF
Gaya kognitif dimaksudkan sifat-sifat memproses maklumat yang mencerminkan cara biasa murid-murid melakukan persepsi, pemikiran, pengingatan dan penyelesaian masalah.  Ia juga menerangkan bagaimana seseorang individu memperolehi pengetahuan dan bagaimana mereka memproses pengetahuan tersebut.  Sekiranya gaya kognitif muri-murid adalah selaras dengan gaya kognitif guru, maka ini pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan kerana gaya kognitif yang sama akan mempertingkatkan komunikasi dan interaksi antara satu sama lain. 

Menurut Garity (1985), gaya kognitif adalah cara-cara manusia memproses maklumat dan pengalaman.  Gaya kognitif dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu analisis, idealis, realis, pragmatik dan sintesis. 

5.1       Gaya Kognitif Analisis
            Murid-murid ini sentiasa mencari suatu keputusan yang boleh diramalkan.  Mereka mempunyai ciri-ciri seperti merancang sesuatu dengan teliti, membuat banyak set kriteria untuk memilih kriterial yang terbaik dan mempunyai kepercayaan maklumat dan kajian yang mencukup.  Mereka juga percaya bahawa setiap permasalahan dapat diselesaikan. 

5.2             Gaya Kognitif Idealis
Murid-murid jenis ini adalah lebih bersifat reseptif dan mengambil pandangan yang lebih luas serta berhadapan dengan sesuatu masalah.  Ciri-ciri yang sedia ada pada murid ialah mereka suka menanya apabila menghadapi sebarang kesusahan, mementingkan aspek moral, selalu melibatkan diri dalam proses introspeksi diri, senang dipercayai oleh orang ramai dan suka menetapkan matlamat besar dan berwawasan. 

5.3             Gaya Kognitif Pragmatik
Gaya kognitif ini merujuk kepada pemikiran yang berpandukan pengalaman pratikal dan pemerhatian.  Murid-murid ini suka membuat amalan-amalan praktikal dan menangani sesuatu masalah dengan realistik dan logik.  Mereka suka bereksperimentasi dan daya inovasi yang tinggi, serta melakukan beberapa kerja pada masa yang sama.  Sebaliknya, mereka tidak suka kepada perbincang yang abstrak dan tidak suka menilai orang lain. 

5.4             Gaya Kognitif Realisme
Murid-murid jenis gaya ini suka menganggap dunia realiti mengikut paparan oleh lima deria.  Mereka menumpukan apa yang dilihat secara fizikal.  Ini adalah kerana mereka suka mencari kebenaran, anggapan dunia adalah kurang sempurna bagi pandangan mereka.  Selain itu, murid-murid ini suka cari kesalahan untuk menyelesaikannya, mereka suka mencari fakta sendiri dan tidak suka bergantung kepada orang lain. 

5.5             Gaya Kognitif Sintesis
Jenis gaya kognitif ini mempunyai kebolehan pemikiran lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai gaya pemikiran analisis.  Murid-murid ini mampu menjelaskan struktur atau pola situasi sebelum berlaku.  Sementara itu, mereka juga mempunyai kebolehan menggabungkan, menginteraksi dan mencantum idea-idea serta mereka suka aktiviti meliputi pemikiran seperti aktiviti meliputi rumusan, konsep, buat keputusan, kesimpulan, rekaan dan sebagainya. 

Secara ringkasan, proses P&P seharusnya membuka peluang kepada murid-murid supaya berfikir secara kritis dan kreatif. Murid-murid berhak memilih gaya kognitif tersendiri yang hasil daripada pelbagai pengaruh.  Pengenalpastian gaya kognitif amat penting untuk semua pendidik.  Ini adalah gaya kognitif merupakan asas kepada aktiviti P&P di sekolah.  Implikasi gaya kognitif terhadap P&P adalah ia dapat membantu penyediaan maklumat yang bererti kepada guru-guru.  Ini dapat membawa kesan kepada penstrukturan kurikulum dan penilaian dalam sekolah-sekolah. 

Pengenalpastian gaya kognitif juga membantu menentukan tahap inovasi dalam kaedah-kaedah pengajaran dan penilaian dalam sekolah.  Kajian gaya kognitif murid-murid dan guru-guru dapat membantu pakar kurikulum dalam merancangan pengajaran yang efektif.  Guru akan selalu peka terhadap gaya kognitif dan kesannya terhadap persekitaran P&P. 


6.0             GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran merujuk kepada pelbagai pendekatan atau cara pembelajaran dalam memperolehi pengetahuan.  Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran dikenali sebagi cara seseorang murid memberikan tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengetahuan yang baru.  Dunn dan Dunn (1978) menerangkan gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingatkan sesuatu maklumat atau kemahiran baru.  Manakala Garger (1984) menekankan gaya pembelajaran merujuk kapada setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri.  Warisan baka dan persekitaran merupakan pembentukan gaya pembelajaran seseorang.  Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman murid dan keperluan persekitaran.  Beliau berpendapat dalam proses pembelajaran, semua murid yang berkesan perlu berkebolehan dalam aspek pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, konspetualisasi abstrak dan eksperimentasi aktif.   

Dalam proses P&P, seseorang murid cenderung untuk mempunyai gaya tertentu.  Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara.  Ini adalah disebabkan cara pengamatan dan pemprosesan maklumat yang berlaku pada manusia adalah berbeza-beza.  Contohnya, sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu konkrit manakala sesetengah individu boleh melihat sesuatu secara abstrak.  Ini menunjukkan setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. 

6.1       Model Pembelajaran Dunn dan Dunn
Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi.  Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.

Rangsangan  pertama ialah rangsangan persekitaran adalah merangkumi empat unsur yang utama iaitu pertama, cahaya.  Kadar terangnya cahaya adalah diukurkan mengikut kesesuaian tersendiri.  Walaupun kebanyakan dari kita selesa belajar dengan kadar pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada orang yang ledih suka belajar dalam suasana yang malap.  Kedua, bunyi dengan jenis bunyi akan menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka.  Terdapatnya manusia suka belajar dalam keadaan senyap sunyi, sebaliknya terdapat juga manusia yang suka belajar dengan sambil mendengar bunyi muzik.  Ketiga, suhu dengan keadaan senjuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.  Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.  Ramai murid tidak suka dan tidak selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas.  Akhirnya kelima, reka bentuk suasana tempat belajar.  Ini menunjukkan keadaan susunan suasana bilik darjah juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid.  Contohnya tempat duduk yang selesa dapat mengurangkan keletihan murid semasa P&P dijalankan. 

Kedua, rangsangan emosi adalah berkait rapat dengan perasaan jiwa seseorang.  Terdapatnya dua unsur iaitu motivasi dan sikap keazaman dan tanggungjawab.  Unsur motivisi ini dibahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dengan murid belajar mengikut arahan yang berstruktur daripada guru.  Manakala motivasi intrinstik dengan murid suka belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain.  Bagi rangsangan emosi, sikap keazaman dan tanggungjawab adalah mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang serta mana-mana rangsangan persekitaran.   

            Ketiga, rangsangan sosial mengandungi empat unsur-unsur iaitu perseorangan, berpasangan, rakan sebaya atau kumpulan pasukan dan orang dewasa.  Unsur perseorangan ini terdaptnya individu ini lebih suka belajar bersendirian dan individu ini tidak suka ada sebarang gangguan semasa sedang belajar.  Manakala keadaan ini berlainan dengan unsur berpasangan.  Individu yang suka belajara berpasangan adalah individu lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya.  Pasangannya adalah teman paling karid dan mereka dapat berinteraksi secara dua hala apabila bersama.  Pembelajaran dalam bentuk kumpulan adalah biasaanya melebihi daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangan dan perkongsian idea-idea tentang pembelajaran mereka.  Selain itu, orang dewasa juga turut menjadi tempat untuk mereka menyoal dan mengemukakan soalan apabila menghadapi masalah pembelajaran.  Ini adalah dilakukan dengan murid yang kurang selesa belajar dengan murid sebaya dengannya, mereka berasa lebih selesa semasa belajar bersama guru ataupun orang dewasa terutamanya pihak ibu bapa. 

            Keempat ialah rangsangan fisiologi.  Unsur-unsur yang terkandung dalam rangsangan fisiologi ini ialah persepsi, pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti.  Menurut Atan Long (1988), pembelajaran merupakan satu proses bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera.  Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi sema lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu.  Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar.  Dalam  Model Dunn dan Dunn menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual dengan pembelajaran melalui pengamatan,  persepsi auditor dengan pembelajaran dalam keadaan yang ada suara latar belakang, persepsi taktual dengan pembelajaran melalui sentuhan dan persepsi kinestetik dengan pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan gerak kerja. 
           
            Unsur pemakanan bagai menentukan gaya pembelajaran yang berlain menerangkan terdapatnya murid-murid yang suka belajar dengan sambil makan dan minum.  Tetapi ada murid yang tidak dapat memberikan tumpuan dengan sambil makan dan minum semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.  Justeru, waktu pembelajaran juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang.  Contohnya sesetengah orang suka belajar pada waktu pagi dan ada sesetengah orang suka belajar di waktu malam.  Contoh unsur mobiliti yang mempengaruhi rangsangan fisiologi ialah seseorang murid suka belajar dengan keadaan berdiri atau berjalan sana-sini.  Terdapat juga seseorang murid suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar. 

            Rangsangan yang kelima ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada elemen-elemen yang berikut analitikal dan global, impulsif dan refleksif serta dominan otak kiri dan dominan otak kanan.  Bagi murid analitika akan melaksanakan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setaip aktiviti pembelajaran yang dilakukan, manakala murid global akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka atau mengamati aspek-aspek secara menyeluruh atau holistik.  Murid yang impulsif adalah suka membuat keputusan dengan cepat dan sering mengikut gerak hati semasa melibatkan diri dalam proses P&P.  sebaliknya dengan murid reflektif, mereka lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu tugasan. 

            Otak kita adalah dibahagi kepada dua bahagian iaiti otak kiri dan otak kanan.  Fungsi otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu.  Otak kiri akan mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan analisis.  Manakala otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, lukisan, corak holistik, rentak dan irama.  Sementara itu, kategori murid-murid juga diambil kira untuk menentukan gaya pembelajaran seseorang individu sperti murid-murid global, murid-murid auditori, murid-murid taktil, murid-murid visual dan sebagainya.

            Menurut Murforn dan Honey (1986), terdapatnya empat gaya pembelajaran iaitu gaya pemebelajaran secara aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.  Pertama, gaya pembelajaran aktivis ini menekankan individu ini adalah suka melibatkan diri secara aktif dan agresif.  Mereka bersikap tidak sabar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi.  Dengan motivasi intrinsik yang kuat maka mereka sering mengambil inisiatif menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.  Melalui aktiviti P&P, mereka suka mencari pengalaman baru melalui pembelajaran mereka.  Golongan ini kreatif dan dapat mewujudkan idea serta jalan penyelesaian yang menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru.  Kelemahan mereka adalah sering mengambil sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan lebih mendalam.    

            Kedua, gaya pembelajaran reflektif merujukkan individu ini suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri, idea sendiri, menyoal siasat, mentafsir dan menilai sesuatu.  Guru seharusnya mengajar dengan menunjukkan segala contoh yang mempunyai sifat kebenaran, sebab murid yang suka belajar dengan gaya ini adalah mereka suka berfikir perkara alam sekitar, mencari hakikat sebenar serta mereka suka menafsir dan menilaikan perkara, prinsip, keputusan atau projek.  Gaya pembelajaran ini adalah mendorong murid menjadi seorang pendengar yang baik,  bersikap berhati-hati dan berfikir dengan teliti untuk melaksanakan sesuatu perkara. 

            Ketiga, gaya pembelajaran teoris dengan gaya pembelajaran yang suka menggunakan prinsip dan teori membuat kesimpulan.  Menurut kajian Honey dan Mumford (1992), murid teoris menggunakan fikirannya yang logik dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan.  Gaya pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut berfikir secara rasional dan logikal, bersikap disiplin dan kurang kreatif.  Gaya pembelajaran ini adalah lebih kepada pembelajaran hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan melalui bukti yang dicari.  Juterus, murid-murid yang suka gaya pembelajaran ini adalah sentiasa suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara.  Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan kesempurnaan.  Sebaliknya mereka rasa kurang senang dengan perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur.    

            Keempat, gaya pembelajaran pragmatis.  Menurut Honey dan Mumfrod (1992), murid yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis merupakan murid yang berminat dalam menguji keberkesanan sesuatu teori, model, teknik melalui aplikasinya.  Murid ini bersifat praktikal dan ekspresif, mementingkan hakikat sebenar dan hanya percaya kepada perkara yang dilihat.  Sementara itu, dalam aktiviti P&P, murid ini suka membuat perbandingan terhadap perkara yang dibelajari. 

            Selain daripada empat gaya pembelajaran ini, Slavin (1994) juga memperkenalkan dua jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran bergantung dan gaya pembelajaran yang tidak bergantung.  Murid yang memegang gaya pembelajaran bergantung ini adalah lebih berfokus kepada bidang kognitif dalam semua pola dan menerima secara keseluruhan.  Murid ini suka dibimbing oleh orang yang disanjungi.  Mereka bergantung kepada motivasi dan pengajaran guru.  Sementara itu, mereka mempersepsi sesuatu situasi atau pola secara menyeluruh.  Kelemahan mereka ialah tidak dapat menentukan objektif pembelajaran dan bersikap menurut perintah dengan belajar tanpa menyoal. 

            Manakala bagi murid yang belajar dengan gaya pembelajaran tidak bergantung ini adalah mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak secara terperinci.  Murid ini suka mengamati perkara secara analitik, menentukan objektif pembelajaran sendiri dan kurang sensitif terhadap pandangan orang lain.  Justeru, mereka mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan dapat mengurus pembelajaran sendiri.  Semasa pembelajaran, mereka suka berfikir secara kritis dan kreatif serta membelajari sesuatu dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. 

            Kesimpulannya, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting untuk seseorang pendidik dan murid.  Ini disebabkan gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid dapat mendorong seseorang pendidik merancangkan pendekatan P&P yang berkesan.  Guru perlu mempelbagaikan teknik, pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut aras aspirasi murid.  Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor atau pembimbing dengan sentiasa memberikan sokongan dan memotivasikan murid.  Murid adalah berperanan mengenalpasti gaya pembelajaran masing-masing melalui sesi temubual dengan pihak sekolah terutamanya kaunselor atau guru darjah.  Murid juga perlu diberikan pengetahuan tentang kepentingan gaya pembelajaran terhadap pembelajaran mereka.          


7.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kewujudan perbezaan individu juga turut membawa kesan kepada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.  Guru yang merancang pendekatan P&P perlulah mengambil kira perkara kewujudan perbezaan individu.  Guru perlu mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi P&P.  Di samping itu, guru juga perlu mengetahui tahap kebolehan setiap murid-murid dan menyediakan tugasan selaras dengan setiap tahap kebolehan yang ada pada murid-murid. 

Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal, ini adalah membawa kesan positif dengan guru boleh membahagikan tugas mengikut saiz murid.  Tugasan yang diberikan adalah berpadan dengan saiz fizikal.  Sebaliknya perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di dalam kelas iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang bersaiz badan kecil.  Hal ini kemungkinan menyebabkan murid-murid yang kena buli itu mempunyai harga diri rendah dan kurang keyakinan diri sendiri.  Namun, guru perlu memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam perbezaan fizikal.  Contohnya, guru perlu mengajar murid sentiasa mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif ataupun tahap kebijaksanaan, murid-murid dalam satu kelas dapat mewujudkan persaingan yang sihat, ini bukan sekadar persaingan dari segi akedemik tetapi juga aktiviti permainan dan sukan.  Murid yang cerdik dapat membantu guru untuk membimbing rakan-rakan yang lemah.  Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka yang cerdik boleh berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan.  Namun begitu, murid yang lemah akan diberikan aktiviti pemulihan.  Manakala keburukan wujudnya perbezaan kognitif dalam satu kelas ialah perbandingan gred pencapaian akan menyebabkan wujudnya sikap sosial yang kurang sihat.  Contohnya, ibu bapa akan memberikan tekanan kepada murid yang lemah untuk bersaing.  Kadang-kala guru turut menfokuskan kepada pencapaian akedemik sahaja dan mengabaikan masalah sosial yang wujud dalam kelas, seperti murid yang cerdik dan sombong akan pandang rendah terhadap murid yang lemah.  Sementara itu, guru tidak memberikan bantuan kepada murid-murid yang lemah akan menyebabkan mereka ketinggalan pembelajaran mereka. 

Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial dan sosialisasi,  guru akan sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya terhadap murid-murid pendiam.  Guru akan memberikan motivasi dan bimbingan untuk meningkatkan keyakinan murid-murid ini.  Biasanya murid jenis ini adalah berada di kelas sosial sederhana seperti keluarga berada pada status ekonomi yang serdehana ataupun rendah.  Murid-murid ini akan dididikkan untuk mengambil berat terhadap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.  Guru perlu mengadakan aktiviti interaksi dan komunikasi untuk mempertingkatkan tahap keyakinan murid-murid ini.  Sebaliknya wujudnya perbezaan kelas sosial ini akan menyebabkan murid-murid kelas sederhana menjauhkan diri.  Salah satu punca adalah wujudnya status ekonomi yang berbeza bagi setiap murid.  murid-murid akan kurang berkeyakinan kerana semasa aktiviti pemulihan dijalankan, guru bertugas akan memantau mereka secara berasingan.  Manakala bagi murid-murid yang tidak berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar seperti murid biasa telah menerima pendidikan pra sekolah selama dua tahun. 

Implikasi yang keempat dari segi perbezaan budaya, rohani dan agama, murid-murid berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan.  Kesan negatif wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi.  Kemungkinan dari segi pertuturan dan pandangan yang berbeza akan menyebabkan kewujudan salah faham antara satu sama lain. 

Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi, guru akan menangani murid-murid yang pendiam dan introvert dengan memberikan kasih sayang dan penuh perhatian.  Murid-murid akan mematuhi arahan guru supaya dapat mengatasi masalah emosi yang dihadapi.  Kewujudan perbezaan emosi juga akan mendatangkan kesan negatif terhadap P&P iaitu bagi murid-murid  yang pasif tidak akan memberikan sebarang tindak balas.  Murid-murid yang lemah tidak dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat.  Selain itu, guru perlu menjadi kaunselor dan perlu mengambil masa yang banyak untuk berjumpa dengan ibu bapa bagi murid yang bermasalah emosi. 

Ringkasan, perbezaan individu yang diwujudkan di dalam kelas bukan membawa kesan positif malah juga mendatangkan kesan negatif.  Namun, sebagai seorang pendidik haruslah berperanan sentiasa mengambil berat dan mengambil kira tentang kewujudan konsep perbezaan individu.  Guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut perbezaan potensi individu.  Sementara itu, guru juga perlu menggunakan strategi atau pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan dan pengayaan dengan mengikut tahap kebolehan murid-murid. 

Selain itu, guru boleh menggunakan kreativiti dan inovasi untuk meningkatkan proses P&P.  Contohnya bagi murid yang lemah, guru boleh menggunakan program pemulihan dalam pelbagai bentuk pengajaran seperti menyanyi, bermain atau bercerita untuk membantu mereka supaya P&P dijalankan dengan berkesan.  Guru sentiasa memberikan perhatian dan bimbingan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam P&P.  Di samping itu, guru memberikan motivasi kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan keyakinan mereka.  Guru juga berperanan menggalakkan ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka yang mentah pada peringkat awal.  Contohnya galakan ibu bapa yang bergolongan miskin menghantar anak ke pra sekolah supaya dapat mengelakkan ketinggalan sukatan pembelajaran berlaku pada masa depan.



8.0             KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan.  Peranan guru sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan wujudnya perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk setiap murid-murid yang berbeza.  Namun, guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan murid.  guru juga menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi murid yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial.  Sebagai pendidik yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu.  Semua aspek yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.


 BIBIOGRAFI

Atan Long. (1988),  Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bandura, A. (1997).  Self-Efficacy : The Exercise of Control.  New York: W.H. Freeman.

Daniel Goleman. (1997).  Emotional Intelligence.  United Satets, Boston.

Dunn, R. dan Dunn, K. (1978).  Teaching Students Through Their Individual Learning Styles : A Practical Approach.  RestonVirginiaReston Publishing.

Garger, S. (1984).  Learning Style: The Crucial Differences.  Curiculum Review. 

Garity,J. (1985).  Learning Style: Basis for Creative Teaching dan Learning.  Nurse Educator.    

Guilford, J.P. (1959).  Traits of Creativity in Creativity and Its Cultivation.  Harper and Row.   

Honey, P. dan Mumford, A (1992).  The Manual of Learning Style. (2nd ed.).  United Kongdom: Peter Honey. 

Kluckhohn, C., Murray, H.A. dan Schneider, D.M. (1953).  Personality in Nature, Society and Culture.  New York: Knopf. 

Kolb, D.A. (1985).  “Learning Style Inventory: Technical Manual.”  Boston: Mc Ber and Company.

Mayer, J. D. dan Salovey, P. (1990). Perceiving affective content in ambiguous visual stimuli: A component of emotional intelligence.  Journal of
Personality Assessment. 

Mok Soon Sang. (2008).  Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran.  Selangor: Multimedia

Sheldon, W. (1942).  The Varieties of Temperament: A Psychology of Constitutional Differences.  New York: Harper.   

Tang, C.Y. (1993).  Psikologi Perkembangan.  Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Rujukan Laman Web :


Rujukan Multimedia :

http://www.youtube.com/watch?v=lCETgT_Xfzg - Albert Bandura, Social Learning and his Bobo Doll experiment
http://www.youtube.com/watch?v=_l3niTSkudY - Does Listening to Music Affect study
http://www.youtube.com/watch?v=l2QtSbP4FRg - Howard Gardner of The Multiple Intelligence Theory
http://www.youtube.com/watch?v=dpR_8CTikWM - Kelab Pelajar Cemerlang Episod 2 - Pengaruh Rakan Sebaya
http://www.youtube.com/watch?v=RmW_3ZhQZpc - Multiple Intelligence Song
http://www.youtube.com/watch?v=rFIsd8Yybtw - What are Multiple Intelligences


0 comments:

Post a Comment

 

INSANIAH GURU Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting